CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74|Reply: 0

Hiroglifik Mesir dikupas

[Copy link]
Post time 10-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Himpunan nombor digunakan jurutera zaman purbaKAHERAH: Tulisan misteri hiroglifik menggunakan cat merah di atas lantai sebuah dewan tersembunyi di dalam Piramid Agung Giza, didapati hanyalah himpunan nombor, berkemungkinan besar digunakan jurutera zaman purba, kata penganalisis matematik di makam berusia 4,500 tahun itu.\rLaporan pertama penemuan hasil eksplorasi menggunakan robot khas itu disiarkan bulan lalu di jurnal Annales du Service Des Antiquities de l\'Egypte (ASAE) menunjukkan imej yang tidak pernah dilihat mata kasar sejak pembinaan piramid berkenaan.\r\n\n\n\n\rKumpulan penyelidik tertarik dengan tiga corak berwarna merah yang dilukis di atas lantai di dalam sebuah dewan yang tersembunyi di hujung terowong di dalam piramid.\r\r\n\n\n\n\n“Ada banyak soalan yang tidak terjawab mengenai kewujudan imej ini. Mengapa mereka menulis di ruangan ini? Apakah yang cuba disampaikan daripada tulisan itu?,” kata jurutera di Universiti Leeds yang mencipta robot berkenaan, Rob Richardson.\rSeorang penyelidik bebas khusus dalam bidang matematik purba Mesir Luca Miatello, percaya beliau mempunyai beberapa jawapan.\rTanda ini adalah isyarat khas yang dibaca dari kanan ke kiri. Jurubina hanya mencatatkan jumlah panjang terowong iaitu 121 hasta,” katanya. Hasta diraja adalah unit purba Mesir bagi pengukuran pembinaan piramid.\rPiramid Agung Giza yang dibina untuk Firaun Cheops juga dikenali sebagai Khufu adalah satu daripada tiga piramid yang dibina di lembangan Giza di pinggir Kaherah.\r\n\n\n\n\rSejak sekian lama, khabar angin tersebar menyatakan ada laluan tersembunyi membawa kepada sebuah dewan rahsia. Ahli arkeologi sejak dulu bingung memikirkan fungsi empat saluran sempit di dalam piramid itu sejak ia ditemui pada 1872.\rDua saluran bersambung dari bahagian atas atau ‘Dewan Raja’ dan berakhir di sebuah ruang terbuka.\rBagaimanapun dua saluran di bahagian bawah, satu di sebelah selatan dan satu lagi di utara yang dikenali sebagai ‘Dewan Permaisuri’ hilang di antara struktur piramid,  menambahkan  misterinya.\rRobot yang digunakan bagi eksplorasi itu menghantar gambar dari saluran seluas 16 sentimeter persegi, memberi isyarat bahawa kedua-dua saluran itu disekat oleh sebuah pintu batu pada jarak 63.6 meter dari Dewan Permaisuri.\rRobot baru dikenali  Djedi, mengambil sempena nama ahli sihir yang yang menjadi perunding Khufu bagi pembinaan tapak piramid itu, membuat kajian lebih terperinci berbanding sebelum ini.\rProjek itu diketuai Menteri Hal-Ehwal Antikuiti Mesir Zahi Hawass, memulakan eksplorasi di saluran bahagian selatan Dewan Permaisuri. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.041195 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list