CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 90|Reply: 0

Tempurung Pecah: Pembikin filem dan pengkritiknya

[Copy link]
Post time 12-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
PERBEZAAN antara kambing dengan kuda amat besar jurangnya. Begitu juga perbezaan antara lembu dengan kereta api mini di funfair Mentakab. Apatah lagi perbandingan yang amat ketara  antara kuali mi goreng mamak dengan kuali satelit yang digantung di atap kedai mamak itu sendiri. Dan, oleh kerana itu dengan gembiranya aku merumuskan lurah perbezaan antara pembikin filem dan penganalisisnya amat kecil sekali lagaknya!\rMengapa? Pada aku kedua-dua pihak cuba mengupas dan membaik pulih kandungan medium itu setelah filem itu siap. Masing-masing punya niat dan harapan agar kerja mereka mendapat restu daripada penonton dan pembaca. Digarap pula oleh tempias ego kedua-dua makhluk ini yang tiba-tiba muncul ingin menegur sapa pula.\r\n\n\n\n\rDalam pengembaraan aku berkarya ini, filem aku sentiasa dikupas dan ditegur oleh individu dan masyarakat berkelompok yang menonton mahupun yang hanya mendengar cerita. Mereka ini terdiri daripada golongan yang mendapat gaji mahupun yang membabitkan diri kerana minat yang tebal terhadap filem tempatan. Dari muka-muka akhbar hinggalah ke alam siber, begitu ramai penganalisa menganalisa filem-filem tanah air menerusi kolum mahupun blog yang berangkaian luas bertaut di antara satu dengan yang lain.\r\r\n\n\n\n\nAku mengenali sebahagian daripada mereka yang mengkaji dan menghadam seni itu. Ada yang handsome  dan ada yang tak handsome  langsung.\rDari filem pertama sehingga filem terbaru aku, kesemuanya dianalisis dan dimasukkan ke dalam dua kategori iaitu filem bagus dan filem hancur. Kesemua filem aku! Seronok aku mendapat feedback yang sangat jauh jurang perbandingannya. Sangat berkesan filem aku membahagikan pengamatan penganalisis itu sendiri menandakan ia berjaya mengasingkan pendapat golongan yang menonton.\rFilem yang organik sifatnya lebih menyumbang daripada filem yang statik nahunya. Namun, ia hanya berkesan kepada penulis yang tahu apa yang ditulis mereka bukan pada yang menulis mengikut kekosongan cita rasa, tetapi mahu dikongsi bersama pula.\rSuka atau tidak itu sememangnya perasaan yang harus ada di dalam menganalisis sesebuah filem. Sebagai pembikin, pahit macam mana sekali pun kita harus menerima setiap patah ayat itu walaupun tumbuh bisul di gusi menahan ketaman gigi, menahan panahan Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana itu.\r\n\n\n\nBegitu tinggi darjat mereka, sebegitu tinggi jugalah maruah filem kita akan mereka angkatkan.\rDengan analisis dan kritikan yang mereka berikan itu ia banyak dapat membantu kita di dalam penyediaan filem berikutnya. Banyak di antara teguran itu bernas sifatnya. Sebagai contoh, filem Man Laksa aku pernah dilabelkan filem busuk oleh seorang blogger yang bukan berbangsa Melayu. Joe Lee, namanya.\rSakit hati aku ingin memberi penumbuk besi jika aku menemuinya nanti, bisik syaitan yang sentiasa bertandang di hati aku. Dan doa aku untuk bertemunya dimakbulkan dan sebelum penumbuk spring aku hinggap ke pipi ranumnya, dia berkata dengan aku, kenapa harus bangsa Cina di dalam filem bercakap pelat seperti Cina baru sampai ke Tanah Melayu lagak mereka?\rWalhal purata masyarakat Cina sudah fasih berbahasa Melayu! Kenapa stereotyping cara mereka bercakap tidak berganjak dari zaman dulu lagi?\rBetul itu. Aku mengadakan watak Cina yang dilakonkan oleh Loloq (arwah) bercakap seperti Apek di dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk gayanya dan itu sesungguhnya tidak sensitif. Dan sebagai medium yang dapat memberi hiburan dan kritikan sosial yang luas, aku perlu lebih bertanggungjawab memupuk gaya bahasa ke arah haluan yang lebih besar tanggungjawabnya.\rNah! Dalam filem Kala Malam bulan Mengambang dan Estet, aku adakan watak-watak bukan Melayu, yang fasih berbahasa Melayu mengajak penonton meraikan satu bentuk lingua franca yang lebih mesra negara dan perpaduan.\rDan Joe Lee menjadi sahabat untuk aku membalingkan idea filem sehingga sekarang. Terima kasih Joe Lee! Nanti mak belanja cendul kat Sentul OK?\rFilem itu juga mendapat teguran yang sangat membunuh oleh Wahab Hamzah yang begitu marah dengan lakon layarnya. Juga aku terima teguran itu\rkerana dalam keseronokan bercerita baru aku tersedar yang aku mematikan watak itu dengan hanya mimpi yang penuh berahi. Babak akhir filem itu sememangnya memusnahkan segala kemanisan dengan wujudnya adegan tersedar daripada lamunan.\rItu membuat penganalisis begitu kecewa dengan penamat cerita dan watak yang aku adunkan. Aku pula beriya berasakan ia perlu diadakan untuk menceritakan budaya Melayu yang sangat ingin berangan-angan sebelum usaha dilakukan.\rMat Jenin di dalam diri Man Laksa itu harus dipertontonkan untuk memberi kritikan terhadap sosiobudaya negatif kita yang tersemat kuat itu.\rAku ceritakan pengalaman ini untuk mengingatkan aku akan peranan dan pengaruh pengkritik terhadap filem dan pembikinnya. Bukan kita membikin sesebuah filem itu untuk memuaskan penganalisis, tetapi pada aku tegur pandang golongan ini perlu diambil kira kewarasannya. Perlu difikir logiknya. Perlu diserap niatnya.\rFitrah filem Zombi Kampung Pisang, tidak perlulah diceritakan ganyangan manja yang diterima aku dek panahan Tribuanaraja Mauliawarmadewa ini, namun segala bentuk teguran itu menjerumuskan aku supaya lebih peka dengan kehendak penonton untuk berhibur. Lantas bahagian kedua filem itu amat jauh resepsinya.\rTerima kasih aku kepada Roslen Fadzil yang begitu marah dengan kecincaian yang ada di dalam filem zombi pertama Malaysia itu. Tanpa teguran Roslen, tak mungkin Hantu Kak Limah Balik Rumah mendapat tempat di hati penonton.\rBagaimana pula teguran oleh Akmal Abdulah dan Hassan Muthalib terhadap filem aku? Tunggulah sambungan kolum ini pada minggu hadapan.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.220228 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list