CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Lelaki bersenjata culik tiga orang termasuk wanita AS di Filipina

[Copy link]
Post time 13-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MANILA: Sekumpulan lelaki bersenjata di Filipina menculik tiga orang awal semalam, termasuk seorang wanita Amerika Syarikat dan anak lelakinya berusia 14 tahun, kata polis. \rLelaki bersenjata itu menyerbu sebuah rumah pantai di Pulau Tictabon, berhampiran bandar raya pelabuhan di selatan Zamboanga, dan melarikan tiga orang pelancong, kata Ketua Polis Bandar Raya Manila, Edwin de Ocampo kepada pemberita.\r\n\n\n\n\r   Pulau itu adalah di selatan Filipina yang bermasalah di mana militan dan pemisah Islam aktif.\r\r\n\n\n\n\n   De Ocampo berkata seramai 14 lelaki bersenjata menaiki dua bot tiba kira-kira jam 3 pagi pada Selasa dan menewaskan pengawal tanpa senjata.\rMereka melarikan Gerfa Yeatts Lunsmann, 50, anak lelakinya Kevin Eric dan seorang anak saudara, Romnick Jackaria, 19.\r“Kami masih lagi menjejaki kumpulan lelaki bersenjata itu dan mencari di mana mereka membawa tahanan terbabit,” kata de Ocampo sambil menambah suami wanita itu, seorang rakyat Jerman sudah dimaklumkan mengenai penculikan itu.\rLunsmanns adalah dari Virginia dan juga sedang bercuti bersama beberapa saudara di pulau terbabit.\r\n\n\n\n\rMereka sepatutnya pulang ke rumah minggu ini selepas dua minggu berada di Filipina, kata de Ocampo.\rTiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam penculikan itu. Sebilangan kumpulan pemisah beroperasi di kawasan  penculikan berlaku, kata de Ocampo.\rKumpulan militan Abu Sayyaf dan juga kumpulan pemisah terbesar, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)  aktif di kawasan terbabit.\rKumpulan Abu Sayyaf melakukan banyak penculikan termasuk membabitkan seorang rakyat Malaysia dan India di Pulau Basilan dan Jolo.\rBulan lalu, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia memberi amaran melarang warga mereka  ke kawasan larangan di selatan Filipina terutama kawasan peranginan dan menyelam di Basilan, Jolo dan kawasan Tawi-tawi berikutan ancaman penculikan dan serangan bom. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.043547 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list