CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 101|Reply: 0

Malas layan isu remeh

[Copy link]
Post time 13-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Linda sokong setiap keputusan diambil suamiMALAS mahu memanjangkan gosip yang entah dari mana puncanya, Linda Jasmine Hashim, 39, mengambil sikap berdiam diri daripada membuka mulut memberikan sebarang kenyataan terutama berkaitan isu remeh kononnya dia mengongkong pergerakan suami atau dalam erti kata lain, Queen Control.\n\n\n\nApabila aktor berbakat itu mengumumkan persaraan sebagai pelakon dua tahun lalu, Linda dituduh sebagai penyebab dan kali ini sebaik teman hidupnya bersetuju membintangi filem susulan arahan Mamat Khalid, Rock... Ooo, nama Linda masih lagi dijaja.\n\n\n\n\nTerbaru, ibu kepada dua cahaya mata itu dituduh pula cuba menyibuk mahu memperhalusi skrip yang diperoleh si suami semata-mata ingin memastikan tiada adegan bersama aktres wanita.Barangkali sudah muak apabila acap kali isu sama dihebohkan membuatkannya lebih rela membungkam kerana biar sedalam mana penjelasan cerita mengarut tetap terus bertebaran.“Tiada apa yang perlu saya jelaskan. Biarlah... Jika mengulas setiap kenyataan pun pasti selepas ini masih timbul isu sama. Jadi lebih baik saya berdiam diri daripada melayan isu remeh,” katanya ringkas ketika ditemui pada sesi uji bakat My School Rocks 2011 di Putrajaya.Sejak program pencarian bakat penari di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah itu direalisasikan empat musim lalu, Linda antara pakar tarian yang diamanahkan sebagai juri.\n\n\n\nMenyentuh mengenai pembabitan semula Que atau nama sebenar Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 32, di arena lakonan, akuinya seperti dijelaskan dulu suaminya meninggalkan bidang terbabit disebabkan berkaitan industri dan kali ini kembali semula di atas permintaan sutradara yang dihormatinya.“Sebagai isteri, saya menyokong setiap keputusan yang diambilnya. Walaupun terpaksa berpisah seketika kerana dia menjalani penggambaran di Ipoh, Perak, kami masih kerap berkongsi pelbagai cerita.“Kebetulan minggu sebelum ini, uji bakat My School Rocks berlangsung di bandar raya itu. Jadi saya membawa bayi kami, Tengku Ratu Haidar bertemu bapanya manakala si abang, Qalif Khan kini berada di Amerika Syarikat bercuti dengan datuk dan neneknya.“Puaslah Que mengulit Ratu dan melepaskan rindunya. Ratu pula macam tahu saja nak berjumpa ayahnya, sepanjang perjalanan tak banyak kerenah,” katanya sambil tersenyum manis.Nyata wanita berdarah campuran ini sememangnya berjiwa kental malah pengalaman di bidang seni, biarpun bukan cabang nyanyian mahu pun lakonan, membuatkannya gagah melangkah di arena serba mencabar ini.Tempias populariti yang diraih sejak aktif bersama kumpulan penari terkenal, Kit Kat Club sekitar 90-an disusuli pembabitannya dalam aneka program TV termasuk menjadi pereka tari bagi Akademi Fantasia (AF) membuatkan namanya semakin dikenali ramai.Ikatan perkahwinan dengan Pelakon Harapan Lelaki Festival Filem Malaysia Ke-19 pada 14 Februari 2009 juga membuatkan pergerakan selebriti jelita itu sentiasa diintai peminat.Pastinya populariti membuatkan namanya turut menjadi buruan pengarah namun secara tanpa berselindung Linda mengakui tidak terdetik mahu bergelar pelakon atau sekadar mencuba nasib.“Saya tiada bakat atau minat berlakon malah saya sangat teliti dan cerewet. Justeru lebih baik saya tumpukan terhadap bidang kepakaran saya terutama membimbing pelajar untuk membolehkan mereka menjadi penari yang bagus,” katanya yang menari sejak berusia 13 tahun.Garang bertempatPENGASAS Linda Jasmine Performing Arts Studio di Ampang itu juga mengakui ketika mengajar dia begitu tegas dan tidak ketinggalan dicop garang tetapi segala-galanya dilakukan untuk memastikan setiap murid memahami teknik yang dikongsi.Begitupun, tatkala menyentuh isu sama ada akan mengajar anak perempuannya yang kini baru mencecah setahun lebih apabila masanya tiba nanti, katanya jika perlu Ratu akan dihantar belajar menari di bawah bimbingan guru lain.“Bukan kerana saya garang tetapi daripada pengamatan sendiri, seelok-eloknya biarlah guru lain mengajarnya kerana saya tidak mahu nanti terlampau memanjakan atau terlalu bertegas kepadanya disebabkan status anak.“Namun bagi saya buat masa ini Ratu masih terlalu kecil. Memang saya mahu menghantarnya mengikuti kelas tarian ballet tetapi mungkin dua atau tiga tahun lagi,” katanya yang turut mengajar tarian salsa, pop Latin, tarian moden kanak-kanak, hip hop dan kelas drama untuk dewasa dan kanak-kanak. Sebagai koreografer berpengalaman, dia turut berkongsi aspirasi untuk memberi kebebasan kepada anak-anaknya membuat pilihan kerjaya selain mengutamakan dulu pendidikan walau berminat dalam apa bidang sekali pun.“Walaupun saya penari profesional dan Que pula pelakon, tidak bermakna anak-anak perlu mengikut jejak langkah kami. Ratu misalnya, sebagai ibu yang didedahkan dengan tarian sejak kecil, sudah pasti saya bangga jika anak saya juga punya bakat sama.“Apa pun, saya akan membuka peluang dan menghantarnya mempelajari asas tarian namun jika nampak dia tiada minat selain tidak punya bakat, saya bukakan ruang pula untuk mencuba bidang lain,” katanya yang turut berkongsi rasa bangga melihat tarian kini sebagai bidang yang menjanjikan masa depan.Peluang kembangkan bakat tarianDEDAH Linda, banyak peluang dibuka kepada mereka yang berminat termasuk stesen TV sendiri menyediakan landasan seperti menganjurkan pertandingan serta program realiti termasuk untuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun seperti My School Rocks.Pertandingan kelolaan Disney yang sudah memasuki musim keempat itu masih mengekalkan dirinya sebagai juri profesional namun kali ini Linda berpasangan dengan bekas anak didiknya di AF, Stacy, bagi memilih kumpulan penari terbaik di kalangan dua kategori, sekolah rendah dan sekolah menengah.Sementara itu, tatkala sesi pemilihan di Putrajaya yang menjadi lokasi jelajah ketiga selepas Perak, Pulau Pinang dan bakal disusuli ke Johor serta Sabah, hampir 60 pasukan dari sekolah rendah berentap merebut tempat dalam pemilihan sepanjang tiga hari itu.Menjengah Dewan Pleno Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), seawal jam 9 pagi lagi sudah ramai peserta menanti dengan penuh sabar giliran masing-masing sambil berlatih mempertajamkan skil tarian.Lengkap mengenakan aneka persalinan berwarna-warni, kanak-kanak serta remaja itu tampak begitu yakin mempersembahkan tarian berasaskan lagu daripada program Disney Channel.Melihat persediaan, nampak kesungguhan setiap seorang malah guru pengiring serta ibu bapa juga turut kelihatan hadir memberikan sokongan moral terhadap insan tersayang.INFOHadiah utama My School Rock adalah percutian tiga hari dua malam di Disneyland Hong Kong.Sesi pemilihan di Kompleks Mawar Johor Bahru diadakan pada 16 Julai ini.Sesi pemilihan di Universiti Malaysia Sabah Kota Kinabalu diadakan pada 23 hingga 24 Julai ini.Pemenang kedua-dua kategori akan diumumkan pada 31 Ogos menerusi saluran Disney 615.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.036933 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list