|
Empat pelumba dipilih wakil negara ke kejohanan dunia\rPASUKAN Wilayah Per璼ekutuan, muncul juara keseluruhan Kejohanan Formula Future Kebangsaan (Formula Future) 2011 yang berak環ir di Pusat Rekreasi Air, Presint 6, Putrajaya, semalam.\r\n\n\n\n\rKemenangan itu membolehkan empat pelumba dari Wilayah Persekutuan iaitu Muhamad Amirul Yahya, Hadi Irfan Mohd Rahaizah, Muhamad Azwar Yahaya dan Muhamad Azri Yahaya, membawa cabaran Malaysia di Kejohanan Future Dunia di Russia, bermula dari 5 sehingga 7 Ogos ini.\r\r\n\n\n\n\nEnam pelumba lain yang akan mewakili Malaysia termasuk Muhamad Faidzullah Ramli, Nik Daniel Affifuddin Nik Kamaruzaman dan pasangan adik beradik Dzulfan serta Dzafran Mohd Noor dari Terengganu; Muhammad Syakir Thafiq Md Shah dari Johor, serta Syafiq Rabbani Jamaludin dari Selangor.\rMereka dipilih mewakili Malaysia selepas muncul juara dan naib juara dalam persaingan kategori Kelas 1 hingga 5 Kejohanan Formula Future Kebangsaan berakhir di Putrajaya, semalam. \rKetua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, berkata beliau yakin bahawa Malaysia mampu kembali merampas kedudukan sebagai juara keseluruhan Formula Future Dunia kali ini selepas mendapat tempat ketiga, tahun lalu.\r\"Saya yakin Malaysia mampu merampas kembali kedudukan selaku juara keseluruhan berikutan keupayaan negara menduduki tempat pertama beberapa kali termasuk pada 2004, 2007 dan 2008,\" katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|