View: 117|Reply: 0
|
D'Tandoor berkembang ke Indonesia
[Copy link]
|
|
Pemilik rangkaian restoran masakan India sasar teroka pasaran akhir tahun \rD\'TANDOOR Food Industries Sdn Bhd, pemilik rangkaian restoran masakan India Utara, D’Tandoor menyasar meneroka pasaran Indonesia menjelang akhir tahun ini susulan potensi pasaran republik itu yang pesat berkembang.\r\n\n\n\n\r Ia juga didorong penekanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada francaisor tempatan supaya menerokai pasaran Indonesia dan beberapa negara lain termasuk Asia Barat, India dan China.\r\r\n\n\n\n\n Mengulas perkara itu, Pengasas dan Pengarah Urusannya, Abdul Malik Abdullah, berkata pihaknya yakin dengan potensi pasaran negara jiran yang mempunyai budaya dan agama sama seperti Malaysia, justeru mendorongnya untuk terus memantau perkembangan pasaran di negara itu.\r“Jun lalu KPDNKK membawa 24 francaisor tempatan menyertai Ekspo Francais di Jakarta dan kami mendapat maklum balas positif berhubung produk dan merancang untuk mengembangkan perniagaan di sana,” katanya kepada Berita Harian.\rApril lalu, D’Tandoor memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Bama Krama Group yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai francaisi kepada rangkaian restoran D’Tandoor dengan nilai pelaburan mencecah 8 juta dirham (RM6.54 juta).\rMenerusi perjanjian itu, Bama Krama akan membuka 10 restoran D’Tandoor di seluruh UAE dalam tempoh tujuh tahun.\r\n\n\n\n\rAbdul Malik berkata, syarikat itu melabur 800,000 dirham (RM654,269) untuk setiap restoran yang mana akan mengekalkan konsep dapur Malaysia yang diketengahkan oleh francaisor terbabit.\rKatanya, hasil daripada MoU itu, ia akan menjana AS$300,000 (RM902,040) kepada D’Tandoor hasil daripada yuran francais bagi setiap lima tahun tidak termasuk royalti lima peratus daripada hasil jualan bulanan.\r“Bama Krama melihat potensi restoran kami yang mengetengahkan masakan India Utara untuk dikomersilkan di negara berkenaan dan D’Tandoor akan menerima yuran francais berjumlah AS$30,000 (RM90,204) setiap lima tahun untuk setiap restoran,” katanya.\rDalam pada itu, Abdul Malik merangkap Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA) selaku penaja bersama Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM 2011) berkata, pihaknya menyasarkan transaksi perniagaan bernilai RM345 juta sepanjang tiga hari pameran itu berlangsung bermula 22 Julai hingga 24 Julai ini di PWTC.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|