CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Harimau Malaya ada ramuan atasi Singapura: Shabery

[Copy link]
Post time 18-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melihat skuad Harimau Malaya ada segala ramuan untuk berdepan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia menentang Singapura pada 23 Julai ini.\rBeliau yakin persembahan terpuji ketika tewas 0-4 kepada Arsenal dan 3-6 kepada Liverpool memberi gambaran anak didik Datuk K Rajagobal boleh menyambung aksi garang di Kota Singa itu nanti dalam perlawanan pertama timbal-balik.\r\n\n\n\n\r\"Saya mendapat maklum balas daripada pegawai atasan Liverpool yang berkata jika Malaysia terus bermain begitu beberapa kali lagi, skuad kebangsaan akan menjadi kuasa dihormati dan saya percaya kita dapat melakukannya. \r\r\n\n\n\n\n\"Kita dapat perbaiki kesilapan (Arsenal) dengan pantas ketika bertemu Liverpool, semalam (kelmarin) dan dalam beberapa hari lagi (bertemu Singapura) perkembangan baru akan dapat kita lihat sebagai satu kemajuan yang berterusan dicipta pemain kita,\" katanya.\rSementara itu, Shabery membangkitkan cadangan untuk mewujudkan liga ala Liga Juara-Juara seperti di Eropah di peringkat Asean sambil beranggapan ia mungkin pelan jangka panjang yang perlu difikirkan bersama.\r\"Jika bola keranjang misalnya, mereka sudah ada ABL (Liga Bola keranjang ASEAN) yang ditaja oleh AirAsia, jadi tidak mustahil sekiranya dalam bola sepak juga kita boleh mengadakannya liga di peringkat Asean.\rCadangan itu bangkit selepas dia melihat perkembangan positif yang dimeterai Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dengan Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) apabila skuad Harimau Muda A akan bersaing dalam Liga Singapura manakala Young Lions akan memasuki Liga Super, musim depan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.371835 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list