View: 29106|Reply: 11
|
Elly Mazlein Sarung Tudung Dalam ‘Live’, Menangis Dengar Nasihat Ustazah Asma’ – ‘Doakan, Saya Pun Nak Sangat Jadi Macam Ini’
[Copy link]
|
|
Pengacara dan pelakon Elly Mazlein menangis ketika mendengar nasihat daripada pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ustazah Asma dilihat sedang mempromosikan hijab sebelum Elly mendatanginya lalu menyarung sehelai tudung berwarna hijau.
Alhamdulillah syukur, hari ini dapat jumpa dan belajar daripada ustazah. Ini satu rezeki.
Ustazah Asma’ kemudian tidak henti-henti memuji pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu dan mengakui meminatinya dalam diam.
Awak memang cantik, baik hati, rakyat Malaysia ramai yang sayangkan awak. Awak wanita yang sempurna
Ini pun rezeki juga untuk saya. Dalam diam saya pun peminat awak, suka tengok aksi dan gelak tawa awak.
Dalam masa yang sama, Ustazah Asma’ berkata, bakat yang dimiliki Elly bukanlah sia-sia kerana ia menjadi hiburan dan memberikan rasa gembira dalam diri setiap insan yang menontonnya.
Ramai rakyat Malaysia yang membesar dengan hiburan kerana artis adalah insan seni yang mengisi hati kita dan yang membuatkan hari-hari kami ceria.
Itu pahala. Nabi pernah ditanya, siapakah orang yang paling dicintai Allah..Nabi jawab orang yang menggembirakan hati orang lain dan yang mempermudahkan urusan mereka.
Allah berikan kepada awak bakat yang tidak ada pada orang lain, semoga bakat-bakat itu dibawa ke syurga.
Elly tersentuh mendengar pujian daripada Ustazah Asma’, lalu meminta mendoakan kebaikan untuknya.
Doakan yang baik-baik, saya pun nak sangat jadi macam ini (berhijab). Terima kasih ustazah.
Sementara itu, pendakwah tersebut turut berkongsi tentang pendapatnya tentang penghijrahan selebriti yang dilihat memberi impak positif terhadap masyarakat.
Jadi lebih baik daripada saya insya-Allah. Apabila artis berhijrah, mereka akan berhijrah dari gelap ke putih dan menjadi inspirasi kepada ramai orang yang jauh lebih baik daripada dakwah saya.
Minta maaf saya bercakap tentang aurat. Aurat adalah satu kewajipan tetapi ada orang dia tutup aurat tapi kewajipan lain banyak yang dia tak buat.
Kita jangan berat sebelah. Contohnya, kalau dia tidak tutup aurat, semuanya tidak baik..bukan begitu sedangkan mengumpat juga adalah dosa besar.
Jadi kita kena adil kerana semua orang mahu ke arah kebaikkan.
Pengacara berusia 45 tahun itu dilihat tidak mampu menahan air mata selepas mendengar kata-kata nasihat tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Asma’.
Sumber: TikTok, Oh Bulan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tiberrrrrr setajah, selalu kondem retis ,tetibe face to face awaklah wanita sempurna pujian segala  |
|
|
|
|
|
|
|
Stoplah gedik2 meleweh terlebih tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ustazah ni x mekap pun lawa |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kat luar baik, x sombong. Jenis hati lembut Lina ni. Terus menangis. Dah ada niat, step by step istiqomah. Moga yg terbaik kak linaa |
|
|
|
|
|
|
|
alahai. macamlah ko lahir bukan islam. dah mmg sah2 la ko islam dari kecik, belajar agama dekat sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by prince_marhaen at 25-2-2025 03:14 PM
setazah kentut ehem...
setazah ni jenis phone berjahit kat tangan jugak eh... pagi, tghari, ptg, malam, tgh malam pun ada je buat live.... confused meols.. tak beribadah & jaga suami pulak eh... hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
aku doakan lina kepom dibukakan hatinya untuk menjadi lebih baik..jgn salah faham, bukan kau tak baik, tapi lebih baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Restoren dh bungkus tukaq jual tudung la pulak yer setajah. |
|
|
|
|
|
|
|
Asma ni muka makin cantik cerah bercahaya putih gebu bukanlah kerana iman semata2 you. Sheolll rajin buat facial n estetik kat muka. Bnyk kali da meol terserempak dgn she.. haih zaman skrg ni mcm yerrr. X lama keluar la tu produk2 gebu gebas by asma |
|
|
|
|
|
|
|
amyfaha replied at 25-2-2025 09:54 PM
Asma ni muka makin cantik cerah bercahaya putih gebu bukanlah kerana iman semata2 you. Sheolll rajin ...
Dia mmg dah ade produk la uolss..kat tt rancak berjualan |
|
|
|
|
|
|
| |
|