CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Panglima tentera AS di Afghanistan letak jawatan

[Copy link]
Post time 19-7-2011 12:05 PM | Show all posts |Read mode
KABUL: Panglima tentera Amerika di Afghanistan, Jeneral David Petraeus (gambar) berundur daripada jawatannya semalam,  seminggu selepas dua sekutu rapat Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dibunuh.\rPetraeus, yang berkhidmat sebagai komander pasukan antarabangsa diketuai Amerika selama setahun, mendakwa mencapai beberapa kejayaan ke atas Taliban dengan tentera diketuai NATO menstabilkan beberapa bahagian selatan ketika pasukan keselamatan tempatan bersiap sedia untuk mengambil alih.\r\n\n\n\n\rJeneral itu berundur untuk mengetuai Agensi Perisikan Pusat (CIA). Satu upacara  penyerahan jawatan kepada  Leftenan Kolonel David Rodriguez diadakan pagi semalam.\r\r\n\n\n\n\nPengerusi Ketua Staf Bersama Amerika, Laksamana Mike Mullen, yang melawat Afghanistan dan bertemu Karzai kelmarin, juga dijangka menghadiri upacara berkenaan.\rPerkhidmatan Petraeus di Afgh anistan terus menjadi persoalan ketika keganasan berterusan dan  diburukkan lagi dengan  pembunuhan mengejut dua sekutu Karzai di selatan, adik lelakinya Selasa lalu dan seorang penasihat kanan kelmarin.\rPenyerang bersenjata membunuh penasihat kanan Jan Mohammad Khan, bekas gabenor wilayah selatan Uruzgan, dalam satu serbuan di rumahnya kelmarin, kata seorang pegawai kerajaan dan polis kepada AFP.\rPembunuhan itu hanya beberapa hari selepas adik tiri presiden Ahmed Wali Karzai ditembak mati oleh ketua keselamatan di rumahnya di wilayah selatan Kandahar.\r\n\n\n\nTaliban mengaku bertanggungjawab atas kedua-dua pembunuhan terbabit. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.036024 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list