View: 133|Reply: 0
|
Mesej Woods inspirasi Clarke
[Copy link]
|
|
Nasihat jagoan itu, McIlroy jadi azimat meraih trofi Terbuka British\rSANDWICH: Darren Clarke (gambar) mendedahkan mesej pesanan ringkas yang diterima daripada Tiger Woods mencetuskan inspirasi kepada dirinya untuk merangkul kejuaraan sulung utama di Terbuka British, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Clarke yang menjadi antara pemain golf popular di kalangan rakan profesional berkata, Woods menghantar mesej kepadanya selepas pusingan ketiga Sabtu lalu apabila pemain Ireland Utara itu muncul pendahulu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya menerima beberapa mesej yang baik daripada Tiger,” dedah Clarke. “Dia memberikan saya nasihat, yang baik.\r“Saya membalas mesejnya dan blah, blah, blah. Tetapi ia hanya sedikit nasihat dan perkara seperti itu, juga, dibuat hari ini yang menjadikan ia lebih mudah berbanding sebelum ini.” \rClarke bagaimanapun enggan menjelaskan lebih terperinci mesej Woods, yang tidak beraksi kerana belum pulih daripada kecederaan kaki.\rDia mendedahkan juara Terbuka Amerika Syarikat dan rakan senegara, Rory McIlroy turut menghantar mesej kepadanya bagaimana untuk menangani tekanan pada hari terakhir.\r\n\n\n\n\r“Mesej Rory ialah ’terus melakukan apa yang anda lakukan, terus bermain dengan cara anda bermain’... berbanding saya yang sudah lama, dia cuba memberikan saya semua maklumat,” katanya.\rClarke juga berkongsi saat itu dengan naib juara, Phil Mickelson, pemain yang menjadi rakan rapatnya sejak isterinya, Heather meninggal dunia kerana barah payu dara pada 2006. Isteri Mickelson, Amy juga mengidap barah payu dara. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|