CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

Misi Olimpik membara

[Copy link]
Post time 20-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MISI Olimpik, September ini harus mengapikan semangat skuad Harimau Muda untuk menjelmakan persembahan bermutu  mengekang Chelsea dalam siri persahabatan Jelajah EPL Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.\rPasukan kebangsaan yang dijadualkan bakal berentap Jepun, Bahrain dan Syria dalam Kumpulan C, kelayakan Sukan Olimpik 2012 mahu menerima ujian getir dan Ong Kim Swee selaku pengendali percaya halangan daripada gergasi liga Inggeris itu satu eksperimen berguna.\r\n\n\n\n\r  “Saya yakin pemain muda yang mempunyai misi Olimpik cukup bersemangat menguji kemampuan mereka, tetapi ketiadaan beberapa tonggak utama terutama di barisan pertahanan memerlukan saya menggunakan khidmat pemain senior berpengalaman.\r\r\n\n\n\n\n  “Setakat ini, saya lihat skuad ini dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan yang cuba saya terapkan dalam latihan. Saya masih perlu menilai beberapa perkara sebelum menyenaraikan skuad terakhir esok (hari ini),’ katanya, semalam.\rSementara itu, Kim Swee beranggapan pengalaman pemain senior serta kepantasan pemain muda menjadi sandaran utama buat merencanakan satu persembahan terbaik menentang Chelsea pimpinan Andres Villas-Boas.\rDia yang bertanggungjawab membentuk skuad kedua negara selepas pasukan kebangsaan - yang turut memanggil beberapa tonggak utama Harimau Muda - mempunyai tugas penting di Singapura, berdepan tugas berat kerana lawannya dibarisi pemain bertaraf dunia.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039099 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list