View: 121|Reply: 0
|
Remaja bunuh ibu bapa ajak rakan berparti
[Copy link]
|
|
Mayat dibiar dalam bilik tidur\rTAMPA, Florida: Seorang remaja 17 tahun memukul ibu bapanya hingga mati dengan tukul besi dan kemudian menjemput berpuluh rakan menerusi Facebook ke parti rumahnya sambil mayat mereka terbaring dalam bilik tidur.\r\n\n\n\n\rTyler Hadley, seorang pelajar sekolah menengah yang tercicir dari Port St Lucie di sini, ditahan atas dua tuduhan pembunuhan darjah pertama, Blake dan Mary Jo Hadley.\r\r\n\n\n\n\nBertindak atas maklumat, pegawai polis melawat rumah itu pagi Ahad dan Tyler pada mulanya memberitahu mereka ibu bapanya berada di luar bandar, kata Kapten Don Kryak.\rPolis memasuki rumah itu dan menemui mayat di lantai bilik tidur utama yang dikunci. Mayat itu sebahagiannya ditutupi dengan tuala, buku dan fail dan sebatang tukul besi dipercayai senjata pembunuhan terletak di antara mayat mangsa.\r“Ia satu pembunuhan tanpa belas kasihan,” kata Kryak.\rHadley menganjurkan parti dalam rumah yang dihadiri seramai 60 orang yang dijemput menerusi Facebook. Parti itu berlangsung dari jam 9 malam sehingga awal pagi Ahad, kata polis.\r\n\n\n\n\r“Dia mengadakan parti selepas melakukan pembunuhan,” kata Kryak. Jemputan itu dikeluarkan sebelum pembunuhan, katanya lagi.\rTidak diketahui jika pengunjung parti melihat mayat atau tahu mangsa masih berada dalam rumah. Khabar angin berlegar sekitar parti bahawa Tyler membunuh ibu bapanya, menyebabkan polis diberi maklumat itu, kata Kryak. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|