View: 112|Reply: 0
|
Hartanah Lot C KLCC dijangka sumbang pendapatan 2012
[Copy link]
|
|
KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) menjangkakan pembangunan hartanah Lot C KLCC akan mula menyumbang kepada pendapatannya bermula pada suku pertama 2012.\rLot itu yang adalah sambungan baru kepada Suria KLCC, merangkumi blok pejabat dan podium perniagaan seluas 140 ribu kaki persegi dijangka siap menjelang hujung tahun ini.\r\n\n\n\n\r Ketua Eksekutif KLCC Property, Hashim Wahir, berkata ruang atas Lot C itu akan dibangunkan sebagai unit pejabat untuk PETRONAS selaku penyewa tunggal dan ia akan dikenali sebagai Menara Petronas 3.\r\r\n\n\n\n\n Beliau berkata, 22 penyewa sudah dikenal pasti dan bersetuju untuk membuka cawangan di situ termasuk jenama terkenal seperti Chanel dan Cartier serta turut menempatkan kafe Armani yang pertama di Asia Tenggara.\r“Penyerahan Menara Petronas 3 akan dilakukan awal tahun 2012 apabila Lot C itu beroperasi sepenuhnya. Mereka akan memeterai perjanjian pajakan untuk tempoh 15 tahun dengan KLCC Property,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KLCC Property di Kuala Lumpur semalam.\rDalam perkembangan berkaitan, Hashim berkata, pihaknya juga sudah memperuntukkan perbelanjaan antara RM30 juta hingga RM40 juga untuk membaik pulih dan menaik taraf ruang niaga dan pejabat Menara Dayabumi serta City Point Dayabumi.\rIa dibuat supaya bangunan yang dulunya pernah menjadi antara mercu tanda Kuala Lumpur itu, lebih relevan dengan keperluan dan cita rasa pasaran hartanah semasa.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|