CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

Cengkerik goreng selera anak Jolie, Pitt

[Copy link]
Post time 21-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pasangan turut  amal diet eksotik\rLOS ANGELES: Keluarga pasangan Angelina Jolie dan Brat Pitt mungkin yang paling eksotik di Hollywood, begitu juga  cara pemakanan mereka. \r\n\n\n\n\r  Pasangan selebriti  itu pernah membawa keenam-enam anaknya bercuti di kebanyakan negara di Asia dan tidak ketinggalan menjamah makanan tradisional setiap negara yang dikunjungi.\r\r\n\n\n\n\n  Ketika berada di Kemboja, Jolie  memperkenalkan makanan ringan yang berasal dari negara kelahiran anak angkatnya, Maddox, 9. Tanpa disangkanya, makanan ringan iaitu cengkerik goreng itu menjadi kegemaran anaknya yang lain.\r“Anak lelaki saya, Maddox dan Pat, 7,  sangat gemar makan cengkerik goreng. Saya kagum melihat mereka makan makanan eksotik itu seperti mengunyah  kerepek kentang Doritos,” kata Jolie yang juga ibu enam anak dalam rakaman video Louis Vuitton ketika membuat rakaman iklan  terbaru jenama terkenal terbabit di Kemboja, baru-baru ini.\rBintang popular berusia 34 tahun itu berkata walaupun beliau menggalakkan anaknya mencuba makanan tempatan negara berkenaan, tetapi beliau terpaksa menghalang mereka daripada  terus ketagih untuk      menikmati  makanan ringan itu.\r“Mereka tidak henti-henti  mengunyahnya dan membeli beberapa bungkus untuk dibawa pulang. Saya terpaksa  melarang mereka makan makanan ringan itu  kerana bimbang mereka  jatuh sakit  kerana memakannya terlalu banyak. Tetapi mereka kelihatan baik-baik saja dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan akibat memakan serangga berkenaan,” katanya.\r\n\n\n\n\rWalaupun cengkerik menjadi makanan kegemaran dalam menu keluarga Jolie dan Pit, pasangan pelakon popular itu berkata mereka sekeluarga masih belum berani untuk mencuba hidangan eksotik lain di Kemboja seperti labah-labah goreng atau sup serangga. \r“Ia makanan pelik. Saya tidak tahu jika saya boleh menjamah serangga itu, tetapi saya percaya kita perlu mencuba makanan itu terlebih dulu sebelum  mengetahui sama ada kita akan menyukainya,” kata Jolie.\rCengkerik bukanlah perkara baru dalam diet pasangan Jolie-Pitt. Menurut buku What the Great Ate: A Curious History of Food and Fame, lipas  antara  makanan kegemaran pasangan terkenal Hollywood itu. –  Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.048411 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list