CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

Jangan fikir lawan lebih kuat: Kim Swee

[Copy link]
Post time 21-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
‘Tunjuk kebolehan sebenar,  elak  persembahan  ditenggelamkan  aksi  deretan pemain bintang’\r“BERTARUNG dengan kekuatan sendiri... jangan fikir kekuatan lawan.” Itu pesanan Ong Kim Swee kepada anak didiknya menjelang perlawanan getir menentang Chelsea dalam siri persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.\r\n\n\n\n\r  Ketua jurulatih skuad Olimpik negara itu tidak mahu pemain turun beraksi dalam keadaan tertekan kerana terlalu menghormati dan memikirkan kekuatan dimiliki Chelsea.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya mahu pemain yang akan diturunkan nanti menunjukkan kebolehan mereka bagi mengelakkan persembahan pasukan negara ditenggelamkan oleh aksi daripada deretan pemain bintang dimiliki pasukan lawan.\r“Perlawanan ini juga menjadi satu peluang terbaik kepada pemain dalam skuad ini membuktikan kemampuan dimiliki tanpa mengira siapa lawan mereka. \r“Selain itu, peluang menentang kelab handalan dunia juga perlu digunakan sebaik mungkin oleh setiap pemain untuk memperbaiki mutu permainan sebelum turun beraksi dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.\rKim Swee  menambah, selepas 14 sesi latihan yang sudah dilalui sehingga kini, dia sudah ada bayangan siapa bakal diturunkan sebagai kesebelasan utama.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.077972 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list