View: 201|Reply: 0
|
26 bom tangan ditemui di sekolah agama Jakarta
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Polis menemui 26 butir bom buatan sendiri di timur Indonesia susulan letupan di sebuah sekolah berasrama Islam disyaki dijadikan kilang bom minggu lalu, kata jurucakap kelmarin yang dipetik akhbar, Jakarta Globe.\rSelepas letupan membunuh seorang pengganas disyaki, polis menyerbu sekolah Umar bin Khatab di barat wilayah Nusa Tenggara dan mengakhiri kebuntuan tiga hari dengan pelajar dan guru bersenjatakan pedang, kayu dan parang. \r\n\n\n\n\r “Sebanyak 26 butir bom paip dimatikan. Mereka merancang menggunakan bom ini untuk menyerang balai polis,” jurucakap polis nasional, Anton Bachrul Alam.\r\r\n\n\n\n\n Polis berkata sekolah itu berkait dengan pendakwah radikal Abu Bakar Bashir, dihukum penjara 15 tahun bulan lalu kerana membiayai kumpulan pengganas yang merancang serangan terhadap warga Barat dan pemimpin politik.\rKebanyakan daripada 200 juta penduduk Islam Indonesia berfahaman sederhana tetapi negara itu berusaha membendung kegiatan radikal yang melancarkan serangan termasuk pengeboman Bali pada 2002 yang membunuh 202 orang. – AFP/ Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|