CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70|Reply: 0

Bebaskan saya: Fabregas

[Copy link]
Post time 22-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Cesc Fabregas merayu penuh emosi kepada Arsene Wenger supaya membenarkannya menyertai Barcelona.\rPemain tengah Sepanyol berusia 24 tahun itu membuat pendedahan terbuka betapa dia mahu meninggalkan Arsenal dan terdesak memohon Wenger supaya tidak menghalang impiannya kembali ke Nou Camp.\r\n\n\n\n\r     Fabregas yang berbincang dengan Wenger minggu ini, yakin mereka mempunyai persefahaman dan pengurus itu tidak akan menghalang pemergiannya musim panas ini selepas enggan menjualnya tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n     Barcelona menghantar satu delegasi diketuai naib presiden, Josep Maria Bartomeu ke London kelmarin untuk cuba berunding mengenai perpindahan pemain itu dalam tempoh 48 jam ini dan mengelak ‘sebarang ketegangan lanjut’ berhubung rundingan itu.\rBegitupun, Fabregas berusaha mencari jalan untuk meninggalkan kelab itu dengan menegaskan kepada Wenger bahawa dia mahu kembali ke kelab di mana dia memulakan kerjaya bola sepak zaman remajanya dan itu meletakkan Arsenal dalam situasi sukar.\rWenger bersimpati dengan Fabregas tetapi Arsenal mahukan bayaran perpindahan 40 juta pound (RM193.6 juta) – jauh lebih tinggi berbanding tawaran Barca.\rFabregas berharap Barcelona akan meningkatkan tawarannya tetapi dipercayai presiden kelab itu, Sandro Rosell keberatan memenuhi harga diminta Arsenal itu.\r\n\n\n\n\rWenger terdesak mahu mengekalkan Fabregas tetapi pada masa sama mempunyai tabiat tidak akan mengekalkan pemain yang tidak gembira dan berharap Barca sedia melengkapkan urus niaga perpindahan itu. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.114333 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list