View: 70|Reply: 0
|
Jersi kuning kekal milik Voeckler
[Copy link]
|
|
Adik beradik Schleck tangkis asakan lewat Contador\rPINEROLO: Pasangan adik beradik Luxembourg yang mewakili Leopard, Andy dan Frank Schleck menangkis asakan lewat pencabar utama jersi kuning, Alberto Contador ketika jelajah Tour de France menghampiri dua peringkat pergunungan terakhir, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Begitupun, pendahulu jersi kuning masih kekal milik pelumba Europcar, Thomas Voeckler yang mengelak dua insiden pada penghujung peringkat ke-17 yang dimenangi pelumba Sky, Edvald Boasson Hagen, untuk mengekalkan statusnya sebelum dua pendakian ke puncak banjaran Alps.\r\r\n\n\n\n\n Ketika perlumbaan memasuki zon penamat di Col de Pramartino, Voeckler terlepas kelebihan 27 saat apabila tiga kali terbabas tetapi terselamat untuk tercicir di belakang kumpulan sembilan pelumba termasuk adik beradik Schleck, Contador, Samuel Sanchez dan pelumba Australia Cadel Evans.\r“Pendakian bukan kepakaran saya,” kata Voeckler yang terbabas ke perkarangan sebuah rumah. “Saya terbabas tiga kali dan tiga kali juga bernasib baik. Jika saya melanggar dinding di depan saya, saya tidak mempunyai masa untuk berhenti. Jika saya tidak mengambil risiko, saya mungkin dapat menamatkan kayuhan bersama Evans dan yang lain.\r“Namun kerugian 27 saat bukanlah sesuatu yang buruk jika dibandingkan dengan kecederaan patah tulang selangka,” katanya. \rAsakan lewat Contador di Col de Manse di Gap pada peringkat ke-16 membantunya untuk terus bersaing merebut jersi kuning selepas menempuh beberapa siri kemalangan pada sembilan peringkat sebelum ini.\r\n\n\n\n\rKetika tiba di puncak Pramartino, Contador tiba-tiba mengasak tetapi diekori Sanchez dan kedua-duanya mengambil risiko menguji kecekapan menuruni bukit untuk menjarakkan masa dengan Schleck dan Evans tetapi mereka ditangkap menjelang tiba di garisan penamat. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|