View: 115|Reply: 0
|
Rekod lama tak boleh bantu kami: Suarez
[Copy link]
|
|
BUENOS AIRES: Uruguay tidak akan bersandarkan kepada rekod silam apabila mempersiapkan diri untuk menentang Paraguay pada final Copa America awal pagi Isnin ini, kata wira separuh akhirnya, Luis Suarez.\rJaringan dua gol penyerang Liverpool itu pada separuh akhir lalu membawa skuad digelar ‘Celeste’ itu di ambang rekod memenangi kejuaraan buat kali ke-15.\r\n\n\n\n\r “Kami tidak akan lupakan kejuaraan itu, tetapi ketika ini kami lebih memikirkan mengenai masa kini, untuk terus berusaha mencatat kemenangan. \r\r\n\n\n\n\nUruguay tidak akan membuang masa meraikan kejayaan dan kejuaraan yang dimenangi masa lalu,” kata Suarez.\rSekiranya penyerang 24 tahun itu menjaringkan gol pada final nanti, dia hampir pasti menjadi penjaring terbanyak kejohanan – Suarez kini berkongsi dengan penyerang Argentina, Sergio Aguero – dengan tiga gol.\r“Namun, menjadi penjaring terbanyak bukan perkara penting buat saya – isu utama ialah impian memenangi Copa. Kepentingan peribadi ialah yang kedua,” tegas Suarez.\rUruguay memenangi Copa America kali pertama pada 1916 serta memenangi Piala Dunia kali pertama pada 1930 dan mengulangi kejayaan itu pada 1950 dengan menewaskan Brazil di Rio de Janeiro pada final. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|