CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Bisnes Dunia: Pasaran saham Asia makin positif

[Copy link]
Post time 23-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kesepakatan   Eropah  dapatkan jaminan untuk Greece pulih keyakinan pelabur\rPASARAN saham Asia meningkat semalam, diterajui saham perbankan selepas beberapa ketua negara zon Eropah berhasil mendapatkan jaminan untuk Greece serta menyediakan langkah keselamatan bagi mengelakkan krisis sama berlaku di negara lain juga bergelut dengan masalah ekonomi.\r\n\n\n\n\r  Kelegaan berikutan termeterainya perjanjian bernilai berbilion dolar itu turut melonjakkan nilai euro meningkat selepas mengalami kejatuhan berikutan perkembangan perlahan mengenai perkara itu sejak beberapa minggu lalu.\r\r\n\n\n\n\n  Bagaimanapun, terdapat risiko dari Rumah Putih iaitu rundingan untuk mengelakkan kemelut sama di Amerika Syarikat (AS) masih belum mendapat persetujuan dan menemui jalan buntu akibat tekanan berterusan terhadap dolar AS.\rTokyo meningkat 1.22 peratus atau 121.72 mata, kepada 10,132.11 dan Seoul menokok 1.22 peratus atau 26.19 mata kepada 2,171.23.\rSydney meningkat 1.03 peratus atau 46.9 mata kepada 4,602.9 mata manakala Hong Kong meningkat 1.81 peratus pada tengah hari manakala Shanghai berada 0.22 peratus lebih tinggi.\rPemimpin Eropah dalam sidang tergempar di Brussels bersetuju meluluskan bantuan berjumlah dana berjumlah 109 bilion euro (AS$155 bilion) yang diperoleh daripada Kesatuan Eropah (EU) dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). \r\n\n\n\n\rIa adalah bantuan kedua untuk Greece manakala firma swasta turut akan melanjutkan tempoh bayaran bon.\rSyarat pinjaman kepada Ireland dan Portugal juga akan dinaikkan dan Dana Kestabilan Kewangan Eropah (EFSE) berjumlah 440 bilion akan digunakan untuk membeli bon dari pasaran kedua untuk mengelak risiko kemungkinan krisis kewangan itu merebak ke negara lain.\rWalaupun pakej itu bermakna kerajaan Greece boleh terjebak di dalam masalah lain, namun begitu pada masa sama, ia menyediakan sistem kewangan yang lebih teratur bagi mengelakkan krisis kewangan itu berleluasa.\r“Kami telah membuktikan bahawa kami tidak teragak-agak untuk mempertahankan kedudukan kewangan dan mata wang kami, “ kata Presiden EU, Herman Van Rompuy.\r“Ancaman ini perlu dibendung, jika tidak ia akan menyebabkan kehilangan keyakinan yang serius pada mata wang kami dan mungkin boleh membinasakan pemulihan ekonomi di Eropah dan dunia. \r“Perkara paling penting ialah Bank Pusat Eropah masih boleh menerima bon Greece untuk operasi pembiayaan semula walaupun agensi penarafan berkata Greek menghadapi masalah tertentu, kata Ahli Ekonomi Bank Korporat Mizuho, Daisuke Karakama kepada Agensi Berita Dow Jones.\rBNP Paribas dalam satu kenyataan berkata, perjanjian itu adalah di luar jangkaan pasaran yang menyifatkan ia sebagai tindakan besar-besaran ke arah kestabilan pasaran dan penyelesaian krisis hutang.\rKebimbangan bahawa krisis kewangan yang baru akan membinasakan keseluruhan ekonomi dunia telah melanda pasaran bulan ini selepas kos pinjaman Itali dan Sepanyol semakin meningkat kerana khuatir krisis itu akan merebak dengan lebih luas.\r“Kegagalan untuk berunding boleh menyebabkan malapetaka dalam pasaran kewangan global,” kata penganalisis saham Monex, Toshiyki Kanayama kepada Agensi Berita Dow Jones. \rBagaimanapun, perhatian kini beralih kepada Amerika Syarikat yang menyaksikan penggubal undang-undang sukar untuk memeterai perjanjian meningkatkan paras hutang negara bagi menurunkan defisit. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041008 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list