View: 293|Reply: 1
|
Rakan kongsi kondom gaduh
[Copy link]
|
|
Pengeluaran jenama Durex terjejas\rNEW DELHI: Sukar bagi sesiapapun untuk menamakan jenama kondom selain Durex. Ramai yang mendapati sukar kerana setakat ini Durex adalah pengeluar kondom paling laris di dunia. \r\n\n\n\n\r Tetapi, buat sementara waktu, ramai pengguna mungkin berhadapan dengan masalah untuk mengesan kotak pelbagai warna Durex di rak farmasi atau pasar raya di sini.\r\r\n\n\n\n\n Ini kerana bekalan kondom Durex dari India dihentikan sejak Mei, kata jurucakap Reckitt Benckiser, pemilik Durex di United Kingdom.\rApa yang mengancam pengurangan global kondom Durex ialah masalah antara Reckitt Benckiser dan TTK Lig, rakan kongsi mereka di India.\rReckitt Benckiser tidak menyebut punca pertikaian itu tetapi dalam e-mel berharap ia dapat diselesaikan tidak lama lagi. Mereka enggan mengulas lanjut kerana ia membabitkan tindakan perundangan berkaitan penangguhan bekalan itu. TTK pula tidak dapat dihubungi.\rPemberhentian itu adalah satu tindakan yang banyak menjejaskan pasaran. Citibank menganggarkan, pengeluar India menghasilkan antara 50 hingga 60 peratus kondom Durex secara global.\r\n\n\n\n\rDurex menghasilkan 42 peratus pasaran kondom global, menurut penyelidikan pada 2010 oleh broker saham Taylor Collison, jadi ia boleh menjejaskan lebih 20 peratus bekalan di seluruh dunia. (Amerika Syarikat perlu dikecualikan kerana pasaran kondom negara itu dikuasai jenama Trojan.) – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|