|
Shailendra \'sinari hidup kami\'\rKEBAHAGIAAN yang dinikmatinya saat ini sulit untuk diungkapkan dengan perkataan. Kurniaan daripada Tuhan menjadi lambang kebanggaan selepas merentas pertarungan yang cukup menguji dan mendebarkan. Itulah nikmat yang sedang menyelubungi laluan hidup aktres jelita, Dian Sastrowardoyo selepas bergelar ibu kepada bayi lelaki, Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo.\r\n\n\n\n\r Dian selamat melahirkan bayi seberat 3.03 kilogram itu secara normal pada jam 3.34 petang di Hospital YPK, Menteng, Jakarta Pusat, Ahad lalu. Kelahiran bayi lelaki itu disifatkan pemilik nama lengkap, Dian Paramitha Sastrowardoyo sebagai rahmat dan amanat Allah yang perlu dijaga rapi.\r\r\n\n\n\n\n Shailendra juga kata Dian, menjadi pelengkap kepada kebahagiaan yang dibinanya bersama ahli perniagaan, Maulana Indraguna Sutowo sejak 18 Mei 2010.\r“Kami sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan Allah SWT dan sangat berbahagia atas kelahiran putera pertama ini. Alhamdulillah sepanjang kehamilan, mahu pun ketika proses bersalin semuanya lancar dan tidak diduga kompilaksi yang menyulitkan. Kehadiran anak ini adalah rahmat sekali gus amanat yang harus sentiasa dijaga. Malah saya dan suami sendiri sudah berazam untuk mengutamakan keluarga serta berusaha menjadi orang tua terbaik buat anak kami,” kata Dian dalam kenyataan kepada media Indonesia.\rPelakon 3 Cinta 3 Doa ini juga menolak sesi bertemu media sepanjang tempoh berpantang, malah menyifatkan peralihan hidupnya itu sesuatu yang peribadi tanpa perlu dikongsi dengan orang luar.\r“Kelahiran bayi ini bukan untuk meraih publisiti. Cukup jika kebahagiaan ini saya kongsi dengan keluarga, apatah lagi saya sendiri masih memerlukan rehat selepas menempuh proses yang melelahkan,” katanya.\r\n\n\n\n\rNamun, demi memenuhi permintaan media, Dian menerusi pengurusnya, Wisnu tidak keberatan menyerahkan foto bersama anaknya yang dikirim menerusi e-mel. \rBercerita mengenai detik kelahiran, Dian bertuah kerana suaminya sentiasa berada di sisi sejak dimasukkan ke hospital, petang Jumaat lalu. \rJangkaan awal Dian dijadualkan bersalin pada Sabtu, namun hanya pada Ahad pelakon Pasir Berbisik itu mula merasai kesakitan untuk melahirkan anak.\r“Melihat perkembangan kesihatan Dian, doktor menjangkakan dia akan keluar hospital petang Jumaat ini (semalam). Namun itu tergantung kepada proses pemulihannya,” kata Wisnu. \rDian sejak awal lagi menolak untuk mendedahkan tarikh bersalin kerana enggan proses kelahiran anaknya itu mendapat liputan meluas media. Beliau dan keluarganya dikatakan membuat perjanjian dengan pihak hospital supaya tidak mendedahkan maklumat mengenai kelahiran anaknya.\r“Dian berbuat begitu kerana tidak mahu berdepan gangguan ketika sedang berjuang untuk melahirkan anaknya. Dia tidak selesa jika media terlalu memberi tumpuan sedangkan Dian memerlukan waktu untuk dirinya sendiri,” kata sumber terdekat aktres itu.\rUntuk memastikan hanya keluarga terdekat saja dibenarkan memasuki wad yang didiaminya, Dian memilih kemudahan rawatan VIP kerana ingin lari daripada gangguan ramai. Dian dilaporkan menempah kamar eksklusif dan empat bilik lain untuk pembantu serta ahli keluarga terdekat. \r“Dian memohon ruang peribadi ketika menunggu detik bersalin dan memohon supaya tiada maklumat dibocorkan kepada pihak media. \rPerjanjian empat halaman itu ditandatangi bersama Dian dan pihak hospital,” kata sumber itu lagi.\rDitanya mengenai pemberian nama Shailendra, Dian dan Indra berkata, mereka memilih nama itu kerana mempunyai makna tersendiri. \rShailendra diambil daripada bahasa Sanskrit atau Jawa kuno bermaksud pemimpin.\r“Saya tidak tahu satu persatu erti namanya, tapi yang jelas Shailendra itu bermaksud pemimpin,\" kata Wisnu memaklumkan, Dian dan suaminya mengharapkan anak pertama itu akan membesar menjadi seorang pemimpin kelak.\rPasangan itu membuat persiapan kelahiran anak sulung mereka sejak sebulan lalu. Dian memilih dekorasi berwarna biru untuk kamar anaknya di kediaman orang tua Indra di Menteng, Jakarta Pusat.\rMereka sangat teruja menyambut kelahiran Shailendra, bahkan kamar anak kecil itu sudah siap untuk dihuni sebelum dia dilahirkan, tambah Wisnu. Kehadiran Shailendra menambah kebahagiaan pasangan itu serta kedua keluarga besar Dian dan Indra, yang sudah lama menanti kehadiran seorang cucu.\r“Kelahiran Shailendra sememangnya kerana dia ialah cucu pertama dalam keluarga Indra dan Dian,” katanya.\rMenyentuh status barunya itu, Dian menjelaskan, berkata, dia tidak terbeban dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Dia juga tidak sesekali khuatir jika bakal kehilangan tawaran pekerjaan hanya kerana sibuk menguruskan anak dan keluarga.\r“Insya-Allah kelahiran ini tidak akan mempengaruhi karier saya, malah tidak pernah sesekali menjadi beban. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, sesuai dengan apa yang saya harapkan,” katanya yang memilih untuk mengurangkan aktiviti seninya dengan tumpuan pada penggambaran iklan komersial. \rINFO\rNama Lengkap : Dian Paramitha Sastrowardoyo\rNama Panggilan : Dian Sastrowardoyo\rTempat dan Tarikh Lahir: Jakarta, 16 Mac 1982\rPendidikan Terakhir : Fakulti Falsafah, Universitas IndonesiaAgama : Islam\rHobi: Membaca,menonton, menyanyi dan memetik gitar-\rSinetron/Drama Televisyen: Dunia Tanpa Koma dan Bukan Kesempatan Yang Terlewatkan\rFilem: Bintang Jatuh (2000), Pasir Berbisik (2001), Ada Apa Dengan Cinta? (2002), Banyu Biru (2005), Ungu Violet (2005), Belahan Jiwa (2005), 3 Doa 3 Cinta (2008) dan Drupadi (2009)\rIklan: Lux, Panasonic, Vitacimin, Sunsilk dan Sanex \rPenghargaan: Wanita Berinspirasi (2005), Aktres Terbaik, Festival Film Asia Pasifik (2005), Pelakon Wanita Terbaik, Festival Film Indonesia (2004), Aktres Terbaik Festival Film Asia Perancis (2002),Aktres Terbaik Festival Film Internasional Singapura (2002), Aktres Terbaik, Festival Film Bandung (2002) dan Juara Gadis Sampul (1996)
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|