CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86|Reply: 0

Dua regu gegar

[Copy link]
Post time 24-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki, wanita negara gah layak separuh akhir\rSENARIO sepak takraw tanah air memancar ceria, semalam apabila ke璬ua-dua regu lelaki dan wanita gah mara ke separuh akhir kejohanan Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di Stadium Titiwangsa selepas mudah menewaskan  lawan masing-masing di peringkat suku akhir.\r\n\n\n\n\rApa yang menarik, kemena璶gan regu lelaki negara memberi petanda ada banyak kemungkinan akan bertembung dengan musuh tradisi, Thailand di perlawanan akhir, Isnin ini.\r\r\n\n\n\n\nDalam penentuan tiket ke final, petang ini Malaysia menentang Singapura manakala Thailand berdepan  Myanmar.\r“Saya memberi peluang kepada semua pemain menyesuaikan keadaan bagi memastikan mampu menunjukkan aksi terbaik di separuh akhir nanti,” kata, jurulatih kebangsaan, Ahmad Jais Baharun selepas tamat perlawanan, semalam.\rDalam perlawanan awal, regu lelaki dianggotai Norshahruddin Mad Ghani, Noor Azman Abdul Hamid, Farhan Adam, Muhamad Syazwan Husin dan Mohd Helmi Ismail hanya mengambil masa 29 minit  mengetepikan Taiwan 3-0 sebelum tampil menewaskan Fili璸ina dengan keputusan sama dalam suku akhir.\rSementara itu, regu wanita negara mencipta sejarah kali ini selepas menewaskan Kemboja 3-0.\r\n\n\n\n\rRegu wanita dianggotai Noor Fairuz Azizan, Siti Norzubaidah Che Ab Wahab, Nurrasidah Abd Rashid, Noor Farhana Ismail dan Rahilah Harun akan berdepan Vietnam di separuh akhir manakala Thailand menentang China dalam satu lagi separuh akhir.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:51 PM GMT+8 , Processed in 1.555093 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list