CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 94|Reply: 0

Forlan tak sabar gegar

[Copy link]
Post time 24-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bintang Uruguay tekad tamat kemarau tanpa gol\rBUENOS AIRES: Tonggak utama Uruguay, Diego Forlan berkata dia tidak sabar menantikan pertembungan dengan Paraguay pada final Copa America, hari ini. \r\n\n\n\n\r  “Saya gembira  mara ke peringkat ini - ia adalah final pertama saya bersama pasukan kebangsaan,” kata penyerang veteran itu yang dinobatkan sebagai pemain terbaik  Piala Dunia 2010 apabila membantu pasukan mara hingga ke separuh akhir.\r\r\n\n\n\n\n   Forlan dianugerahkan Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan selepas meledak lima gol di Afrika Selatan - tetapi pada saingan Copa kali ini, dia masih kemarau jaringan. Peluang terbaik muncul ketika bertemu Peru pada separuh akhir di mana percubaan diselamatkan penjaga gol.\rNamun bekas pemain Manchester United itu tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kegagalannya menggegar gawang sepanjang kempen Copa di Argentina.\r“Saya masih tenang, kami berada di landasan betul. Saya mempunyai beberapa peluang keemasan, tetapi tidak menjadi. Bagaimanapun pasukan kami sudah mencapai sasaran ke final dan itu lebih penting,” kata Forlan.\rDitanya adakah Uruguay bakal menjadi wakil utama benua Amerika Latin ke Piala Dunia 2014 dan dilihat lebih baik berbanding Argentina dan Brazil pada kejohanan kali ini, Forlan berkata ia masih terlalu awal.\r\n\n\n\n\r“Tidak, Argentina dan Brazil adalah dua kuasa besar. Walaupun aksi mereka kurang meyakinkan pada Piala Dunia lalu mahu pun kejohanan di sini. Ia tidak bermakna kedudukan mereka di bawah kami - mereka masih kuat dan mempunyai ramai pemain berbakat,” kata Forlan. - AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046032 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list