CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

Peru bergaya raih tempat ketiga

[Copy link]
Post time 25-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Guerrero muncul wira  ledak hatrik  bantu belasah  Venezuela  4-1LA PLATA (Argentina): Penyerang Paolo Guerrero meledak hatrik dan mengumpan satu gol untuk membantu Peru menewaskan Venezuela 4-1 dalam perebutan tempat ketiga Copa America, awal pagi semalam.\rGol Peru bermula pada minit ke-42 apabila Guerrero mengumpan kepada William Chiroque sebelum dia sendiri menyumbang tiga gol pada minit ke-64, 89 dan dua minit ketika masa kecederaan.\r\n\n\n\n\r   “Saya perlu membantu pasukan dan tugas saya sebagai penyerang ialah menjaringkan gol,” kata Guerrero. “Saya mendapat sokongan daripada rakan sepasukan dan hasilnya menjaringkan tiga gol.”\r\r\n\n\n\n\n   Venezuela memperoleh gol tunggal menerusi Juan Fernando Arango pada minit ke-77, walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang selepas kehilangan pemain tengah, Tomas Rincon pada minit ke-58 yang dibuang padang kerana melakukan terjahan keras.\r“Kami gembira, tetapi kami tahu ia tidak membawa makna besar kerana kami belum memenangi apa-apa,” kata jurulatih Peru, Sergio Markarian. \rVenezuela yang menamatkan saingan di tempat keempat boleh berpuas hati dengan pencapaian terbaik mereka dalam sejarah kejohanan.\rRentak kecemerlangan mereka pada kempen tahun ini terhenti apabila tewas menerusi penentuan penalti ketika menentang Paraguay di separuh akhir. \r\n\n\n\nKekalahan kepada Peru adalah yang pertama buat Venezuela pada kempen di Argentina tahun ini.\r“Peru sebuah pasukan yang bagus dan berhak menang perlawanan berkenaan,” kata jurulatih Venezuela, Cesar Farias. “Kami sudah memberikan persembahan terbaik tetapi gagal memanfaatkan peluang jaringan.”\rTahun lalu, Peru adalah pasukan paling lemah ketika pusingan kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan, tetapi bangkit membuat kejutan dalam kejohanan peringkat benua Amerika Latin itu yang menyaksikan Brazil dan Argentina tersingkir di suku akhir. – AP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.102761 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list