CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Ulasan pasaran: Susut ikut pasaran serantau

[Copy link]
Post time 26-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Peserta bimbang kemungkinan cetus kegagalan AS bayar hutangFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut di bawah paras 1,560 mata semalam apabila pasaran serantau diseret turun akibat kebuntuan membabitkan hutang Amerika Syarikat yang mungkin mencetuskan kegagalan pertama negara itu untuk membayar hutang.\rPrestasi utama Bursa Malaysia yang dibuka 0.4 mata lebih baik pada 1,565.46, mencecah paras paling rendah pada 1,558.51 sebelum ditutup pada 1,559.6 atau 5.46 mata lebih rendah berbanding penutupan minggu lalu.\r\n\n\n\n\r  Ketua Bahagian Peruncitan Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata kebuntuan AS itu hanya sementara memandangkan penggubal undang-undang akhirnya akan mencapai kata sepakat pada saat-saat akhir.\r\r\n\n\n\n\n  “Meskipun rundingan mengenai siling hutang tidak menunjukkan arah tuju baru atau kemajuan setakat ini, peserta pasaran masih mengharapkan persetujuan akan dicapai sebelum 2 Ogos ini.\r“Bagi pasaran tempatan, kita kekurangan pemangkin dan petunjuk,” katanya.\rIndeks Kewangan turun 73.52 mata kepada 14,737.61 namun Indeks Perusahaan menokok 0.15 mata kepada 2,868.05 manakala Indeks Perladangan meningkat 22.81 mata kepada 7,720.92.     \rIndeks Emas FTSE Bursa Malaysia turun 47.359 mata kepada 10,719.07, Indeks Mid 70 FTSE Bursa Malaysia susut 79.396 mata kepada 11,749.23 dan Indeks Ace FTSE Bursa Malaysia Ace turun 50.75 mata kepada 4,119.36.  \rPeneraju dengan jumlah dagangan tertinggi, Ingenuity Solutions-WA, turun satu sen kepada 3.5 sen.\rIngenuity Solutions turun satu sen kepada 7.5 sen, Wijaya Baru Global-WA menokok empat sen kepada 15.5 sen manakala Bumi Armada turun sembilan sen kepada RM4.08.\rHibiscus Petroleum yang baru disenarai, adalah antara kaunter aktif, susut 9.5 sen kepada 53 sen namun waran menokok satu sen kepada 13.5 sen.\rAntara kaunter berwajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.83, CIMB rugi lapan sen kepada RM8.45, Petronas Chemicals susut tiga sen kepada RM7.01 manakala Sime Darby turun satu sen kepada RM9.19.\rPrestasi keseluruhan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 505 berbanding 203 manakala 291 kaunter tidak berubah, 500 tidak diniagakan manakala 27 lagi digantung.\rSejumlah 857.415 juta saham bernilai RM1.361 bilion bertukar tangan berbanding 1,166 bilion saham bernilai RM1.993 bilion Jumaat lalu.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 605.085 juta saham bernilai RM1.329 bilion berbanding 711.469 juta saham bernilai RM1.925 bilion sebelumnya.     \rJumlah dagangan di pasaran ACE berkurangan kepada 186.364 juta saham bernilai RM18.554 juta berbanding 322.553 juta saham bernilai RM46.021 juta.\rWaran susut kepada 61.623 juta unit bernilai RM10.612 juta berbanding 130.109 juta unit bernilai RM20.656 juta.\rBarangan pengguna menyumbang 23 juta saham yang diurusniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 169.829 juta, pembinaan 36.937 juta, perdagangan dan perkhidmatan 150.773 juta, teknologi 14.501 juta, infrastruktur 3.995 juta, kewangan 58.928 juta, hotel 350,800 juta, hartanah 56.694 juta, perladangan 10.595 juta, perlombongan 26,000 REIT 3.544 juta dan dana tertutup 119,000. – BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.277301 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list