|
Irma enggan bercinta lama-lama jika ditemukan dengan lelaki baik\rBIARPUN dirinya kini sudah tampil bertudung, namun sedikit pun cahaya bintang yang tersurat dalam perjalanan seninya menjadi suram.\r\n\n\n\n\rMalah rezeki gadis berdarah campuran Pakistan dan Cina ini sentiasa murah. Baru-baru ini dia terpilih menjadi duta tudung D’ Haja untuk tempoh setahun. Selain itu dia juga diangkat sebagai duta makanan kesihatan Walit Gold, malah ketika yang sama Irma menceburi bidang perniagaan dengan menjual jubah secara atas talian bersama rakan kongsi yang juga pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.\r\r\n\n\n\n\nAnak sulung daripada tiga beradik yang sentiasa kekal ramah ini seterusnya menafikan penghijrahannya menjadi wanita bertudung mematikan langkah seni yang sudah bertahun diceburi.\rAdat hidup sebagai manusia, sesuatu yang baik itu pasti dicaci atau cuba disalahertikan, begitulah cerita yang sentiasa terpalit di lukisan perjalanan seni wanita cantik ini.\rKatanya, perubahan selepas menunaikan umrah 28 Februari lalu, tidak dipengaruhi sesiapa, sebaliknya ia hadir dalam jiwanya sendiri dan biarlah segala perubahan itu memberikan kekuatan untuk dia terus menjalani hidup.\rPengacara program bual bicara Assalamualaikum di TV AlHijrah ini mengakui perubahan ke arah perkara yang positif dilakukan secara pelahan-lahan tanpa ada paksaan atau pengaruh individu tertentu.\r\n\n\n\n\r“Saya bersyukur kerana bukan saja menerima tawaran berlakon, tetapi juga menerima tawaran sebagai duta tudung dan makanan kesihatan.\r“Jualan jubah secara atas talian juga mendapat sambutan positif daripada peminat dan orang ramai.\rJubah yang ditawarkan adalah pada harga yang berpatutan, dengan rekaan dihasilkan menerusi perbincangan kami bersama. Fabriknya juga berkualiti dan lebih ringan. Buat masa ini kami belum memikirkan untuk membuka kedai, begitupun memang ada perancangan untuk memperbesarkan perniagaan ini,” katanya bersemangat ketika berbicara mengenai perniagaan jubahnya itu.\rWanita yang tampil anggun dengan rekaan Ezuwan Ismail ini ditemui ketika hadir bersama lebih 30 selebriti pada majlis The Blue Kebaya Showcase anjuran Rafflesia The Pearl Centre, baru-baru ini.\rKetika diusik soalan klise yang sentiasa membuatkan wanita yang memegang Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini tersipu malu, dia menafikan hatinya sudah dimiliki mana-mana jejaka.\r“Saya masih sendiri dan belum berpunya. Saya berkawan dengan semua orang dan saya juga tidak pernah serik bercinta, tetapi pastinya akan lebih berhati-hati,” katanya yang mengimpikan untuk bersama lelaki yang dapat membimbing dirinya.\rBerbicara soal jodoh, Irma yang dua kali kecundang dalam percintaan bersama jejaka yang turut bergelar selebriti berkata, dia tidak mahu lagi bercinta lama-lama. Andai dipertemukan dengan lelaki yang bersesuaian satu hari nanti, dia tidak mahu mengambil masa yang panjang untuk mengenali hati budi masing-masing. \r“Saya serik bercinta lama-lama, tetapi akhirnya tidak ke mana. Selepas ini, jika dipertemukan dengan lelaki yang bersesuaian, saya tidak mahu buang masa lagi. Bukanlah kenal sebulan dua terus kahwin, tetapi kalau boleh saya tak mahu buang masa hingga bertahun-tahun,” katanya.\rDilarang bermain mercun\rBERCERITA mengenai perkembangan seni, gadis yang pernah membintangi filem Cinta Fotokopi dan Main-Main Cinta ini bersyukur kerana rezekinya dalam dunia seni sentiasa ada.\rKata pelakon yang pernah membintangi drama Janji Diana, Suara Merdeka, Agensi Abadi, Pendekar Melayu serta Mas Kahwin ini, dia baru saja selesai menjalani penggambaran drama Psikik untuk siaran RTM dan Kasih Aliya (TV3), sempena Ramadan.\rBekas pemenang Gadis Jelita 2004 ini kerap kali memanjatkan rasa syukur setiap kali mengalun bicara soal kerjayanya sambil memberitahu, tawaran berlakon terus datang sesuai dengan penampilannya kini.\rKetika pertemuan dengannya berlangsung baru-baru ini, Ramadan hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk menjelma. Lalu, topik bulan mulia dan Syawal itu tidak terlepas daripada perbualan. \rBercakap soal Syawal, wanita berusia 29 tahun ini memberitahu, tidak seperti kanak-kanak lain, dia tidak pernah berasakan pengalaman bermain mercun kerana ibu tidak membenarkan dia berbuat begitu.\r“Saya tidak bermain mercun bukan kerana tidak mahu, tetapi ibu melarang dan akan marah setiap kali saya ingin mencubanya,” katanya tersenyum.\rDia yang sangat meminati kuih raya dari jenis coklat ini menambah, setiap tahun dia akan memastikan dapat beraya bersama keluarga dan ia satu pengalaman yang cukup menggembirakan dan indah dalam diari kehidupannya.\r“Jika ditanya soal makanan kegemaran, saya ini sangat mudah kerana semuanya saya makan. Macam kuih raya pula, semua saya suka dan paling diminati adalah kek raya yang diperbuat daripada coklat.\r“Baju raya pula, bagi saya, semua baju baru ialah baju raya saya,” katanya cuba berjenaka.\rTidak sukar untuk beribadat\rBIARPUN kini dia tampil bertudung, namun masih belum terlintas di fikiran Irma untuk meninggalkan dunia seni. Katanya, dia tidak pernah berasakan memakai tudung menjadi satu beban kepadanya untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan dan pengacaraan.\r“Kalau ada orang berasakan sukar untuk beribadah apabila bergelar artis, saya rasa itu adalah masalah individu itu sendiri, yang tidak tahu mengurus waktu dengan cara yang sistematik.\r“Alhamdulillah sejak berhijrah, saya tidak pernah berdepan dengan sebarang masalah untuk bersolat apabila tiba waktunya. Malah produser dan tenaga produksi juga memahami. Apabila hendak bersolat, saya akan buang semua mekap dan kembali mengenakan semula solekan apabila selesai bersolat. Itu tidak mendatangkan masalah kepada produser.\r“Malah saya pernah menjalani penggambaran dengan pengarah dan tenaga produksi yang kesemuanya berbangsa Cina. Mereka juga tiada masalah apabila saya meminta izin untuk mengerjakan solat, malah mereka juga sangat menghormati permintaan saya itu.\r“Tawaran berlakon pun setakat ini alhamdulillah. Mungkin kebelakangan ini, semakin ramai pelakon yang bertudung, jadi tiada masalah untuk produser mendapatkan watak wanita berimej sedemikian. \rPenerbit pun sudah memahami, dan setakat ini saya tidak pernah pula melalui pengalaman di mana saya dipaksa membuka tudung semata-mata untuk menjayakan watak,” kata Irma.\rGadis yang diberi kepercayaan oleh stesen itu untuk mengacarakan program realiti Solehah, yang bakal ke udara tidak lama lagi berkata, menjadi seorang selebriti juga membolehkan dia menyebarkan dakwah.\rItu juga antara sebab utama kenapa dia tidak mahu meninggalkan dunia seni kerana medium yang ada sekarang boleh digunakannya untuk mengajak peminat melakukan perkara yang menjurus ke arah kebaikan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|