View: 216|Reply: 0
|
Belasungkawa: Hasnah Haron dalam kenangan
[Copy link]
|
|
Bekas penyanyi kumpulan Les Kafilas pernah popular dengan lagu Bersedih\rPENYANYI tahun 60-an yang pernah popular dengan lagu Bersedih, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia kerana barah pangkal rahim kira-kira jam 8 pagi kelmarin (Isnin, 1 Ogos) di Hospital Sultan Ibrahim Johor Bahru, Johor.\r\n\n\n\n\rRakan seangkatannya, Datuk A Rahman Hassan berkata walaupun pemergian Hasnah sememangnya dijangka, namun beliau dan isterinya yang juga kawan rapat kepada Hasnah, Datin Azizah Mohamad turut bersedih dan merasakan kehilangannya.\r\r\n\n\n\n\n\"Sebenarnya sudah beberapa hari Hasnah dimasukkan ke hospital, dan kami sedia maklum kerana diberitahu oleh anaknya yang mana Hasnah sudah nazak sejak Subuh kelmarin (Ahad). Kami sentiasa berhubung dengan anaknya untuk mengetahui perkembangan mengenai dirinya. \r\"Dan pagi tadi (Isnin) kami disedarkan dengan berita pemergiannya dan akan dikebumikan di Johor Bahru. Hasnah sudah lama menghidap penyakit barah ini dan keadaannya makin teruk sejak dari awal tahun ini selepas rawatan kimoterapi diberikan. Sebagai kawan yang rapat dengannya, kami ada melawat Hasnah di hospital beberapa kali sebelum pemergiannya.\r\"Selain itu, pada hujung Mei lalu, kami sempat meluangkan masa makan bersama di Kuala Lumpur dan itulah kali terakhir kami menghabiskan masa bersama, selepas itu kami tidak mempunyai kesempatan sehinggalah hari ini mengetahui berita mengenai pemergiannya,\" katanya ketika dihubungi Hip.\rRahman bersama isterinya dalam dalam perjalanan ke Johor Bahru bagi menziarahi pengebumian jenazah kawan baiknya itu.\r\n\n\n\n\rSeperti kata Pengerusi Kelab Kebajikan Artis Pop Yeh Yeh ini juga, pemergiannya Hasnah sedikit sebanyak meninggalkan kesan, yang mana kini hanya tinggal lima artis 60-an sahaja yang masih ada.\rSelepas ketiadaan Hasnah, iaitu Datin Azizah Mohamad, Roziah Latiff, S Mariam, Fatimah M Amin dan Afidah S.\r\"Kami sudah berkawan dan berjuang dalam industri hiburan ini sejak dari tahun 1960 an lagi, dan hampir 40 tahun kami mengenali masing-masing. Semakin lama kami makin rapat, di mana kami juga rapat dengan arwah suaminya dulu, dan sememangnya ketiadaan Hasnah dirasai.\r\"Kami banyak bantu membantu antara satu sama lain, dan saya sebagai Pengerusi Kelab ada membuat aktiviti menyalurkan sumbangan serta pertolongan sedaya mampu kepadanya.\r\"Di sebalik semua itu, saya mengharapkan anak-anaknya tabah menghadapi berita ini dan kepada kawan-kawan serta peminat Hasnah, sedekahkanlah Al-Fatihah kepada Hasnah dan mendoakan yang terbaik buatnya di sana,\" tambahnya lagi.\rHasnah meninggalkan lima orang anaknya daripada dua perkahwinan. Hasil perkahwinan pertamanya iaitu dengan Syed Murshed, dikurniakan tiga zuriat iaitu Sharifah Seha Syed Murshed, Syed Mohd Hyekal dan Sharifah Zakiah. Selepas Syed Murshed meninggal dunia pada tahun 2003, Hasnah berkahwin dengan Mohd Eunos dan memperolehi dua anak iaitu Haslinda dan Mohd Luthfi. Mohd Eunos pula meninggal dunia tahun lalu.\rSementara itu, menyingkap kembali zaman kegemilangannya, penyanyi kelahiran Kampung Melayu, Singapura ini pernah popular dengan lagu Bersedih, Siti Zuraidah, Sabar Menanti, Jadi Delapan, Oh dan pelbagai lagi.\rLagu Bersedih adalah antara lagu yang menaikkan namanya sebaris dengan penyanyi seangkatan, Allahyarham Datin Rafeah Buang dan Sanisah Huri.\rDi awal kemunculan, Hasnah bergerak bersama kumpulannya yang digelar Les Kafilas, pada masa itu Hasnah hanya menyanyi di majlis kenduri kahwin dan keramaian serta tidak lama selepas itu menempa nama dengan merakamkan album pada 1969.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|