View: 5584|Reply: 19
|
cerpen - dia beriku bahagia -TAMAT-
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by sakurakuri at 4-8-2011 11:36
Jalan raya masih basah pagi itu. Daun-daun kering pula berserakan di jalanan akibat daripada hujan lebat malam tadi. Bukit bukau yang megah sepanjang lebuh raya itu hilang ditelan kabus. Dan jika diperhatikan betul-betul di dinding udara, pasti ada kelihatan titisan- titisan embun yang beterbangan, lantas udara berserta wap air dingin itu tanpa kita sedari disedut masuk ke rongga hidung, melalui trakea, bronkus dan seterusnya mengembara ke segenap peparu, dan ianya akan berulang-ulang sehinggalah nafas terhenti. Begitu juga hidup manusia, yang kadang-kadang seakan-akan sama, dan berulang-ulang seperti suatu ketika yang pernah dialami.
Pipiku bagai dapat merasa titisan wap air yang menampar lembut. Cuaca ketika itu agak mendung, tiada matahari yang menyinar. Sesekali angin sepoi bahasa menyapa mesra. Sejuknya hingga ke tulang. Namun begitu, gerai-gerai kecilan yang didirikan di tepi-tepi jalan tetap beroperasi seperti selalu.
Meriah dengan kehadiran pelanggan dari serata pelosok negeri. Beberapa pelancong asing bermata biru ku lihat begitu kagum di sebuah gerai menjual cendera mata hasil tangan anak tempatan.
Gerai-gerai itu berjajar sepanjang jalan. Meskipun keadaan gerai agak uzur dan usang, ditambah pula binaannya yang kasar buatannya, namun kerana naifnya garai ini menjadikan ia tampak klasik dan sentimental sekali. Banyak juga kenderaan yang berhenti di tepi jalan untuk membeli-belah di situ.
Hal ini menyumbang kepada kesesakan jalan di situ, bunyi injin kenderaan dan suara pekikan peniaga menarik pelanggan bersatu maka terhasillah satu desibel bunyi yang bervolum tinggi. Suasana hingar terhasil. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku bergerak dari satu gerai ke satu gerai. Melihat-lihat barangan dijual. Sungguh, aku rambang mata bila melihat pelbagai produk sutera Terenganu yang dijual. Setelah empat hari bercuti di Terenganu, hari ini baru aku berkesempatan membeli belah.
Buah tangan untuk keluarga tercinta. Sedang aku asyik memilih sutera, aku disapa satu suara yang pernah mesra di telingaku suatu ketika dulu.
“ Sakinah ye..? ”, dia senyum pada ku, perempuan di sebelahnya juga senyum.
Aku terkaku bisu bertentang dengan pasangan bahagia itu. Kulihat jari-jemari mereka tidak lepas dari tautan antara satu sama lain. Aku jadi kesal tiba-tiba bila teringatkan jemariku juga pernah ada dalam genggaman tangan lelaki itu.
Ah... kesalan, bila kau akan pergi dari terus menghantui hidupku. Sekilas, kupandang perempuan bertuah itu ayu sekali. Blous polos warna merah jambu indah sekali dikenakan dengan tudung berbunga warna yang sama. Aku cuba banding-bandingkan dirinya dengan diriku, mencari cela yang ada.
Rasa diri ini kerdil sekali. Terpuruk dan terlontar jauh ke sudut yang hina. Aku tewas pada wanita itu zahirnya. Ternyata, ketika ini kelu lidah untuk bersuara bila di depan mataku kini dia yang pernah bertahta di hati dulu. Lelaki yang pernah berjanji menjadi pembimbingku dunia akhirat.
Lelaki yang pernah berjuta kali berjanji akan terus menyayangi dan menyintai ku sampai kiamat. Namun kini, dia hadir mempamerkan dirinya yang bahagia bersama isteri tercinta tanpa belas kasihan padaku.
Pertemuan yang tidak dirancang ini menjadikan parutku dulu luka dan berdarah. Kebahagiaan mereka menjadi garam yang meracun luka hati ini. Hatiku pedih. Sakit. Spontan tangan ku letak di dada. Ada sebak dan ngilu di pangkal hati. Ahh... Aku hampir tewas dengan perasaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sakurakuri at 3-8-2011 22:50
“ Awak...?”, kataku terputus di situ. Aku cuba memaniskan muka dan mula mengumpul kekuatan untuk berdiri di bumi nyata. Cuba untuk mengarit senyum sampai ke telinga.
Nyatanya, senyuman ku senyuman kaget dan plastik. Lantas aku menghulurkan salam pada perempuan di sebelahnya. Aku dan perempuan itu, berlaga-laga pipi, dan berpelukan seketika.
“ Sorang je ke bercuti?”, dia masih cuba berbual-bual denganku.
Aku cuma menjawab dengan senyuman, angguk pun tidak, geleng pun tidak. Entah kenapa, aku tidak sebecok tika bersamanya dulu. Kelu aku untuk bersuara, aku masih terkejut dengan pertemuan semula ini.
Ah...jika perempuan itu tidak wujud di sisinya tika ini, pasti aku bisa saja berbual mesra dengannya seperti dulu. Sekali sekala, mereka berbisik dan berbual mesra. Perempuan itu kelihatan bahagia sekali. Pastinya dia bahagia dengan layanan lelaki itu. Aku juga pernah dilayan begitu, dan bohonglah andai kukatakan aku tidak bahagia ketika di sampingnya dulu. Kemesraan mereka menyakitkan mata dan hati. Gelak tawa mereka seakan-akan mengejekku.
Ketika ini aku merasakan aku sendirian. Keseorangan. Ditinggalkan. Dan akhirnya, kesunyian, kesedihan, kesayuan dan cemburu bergabung menjadi satu sebatian kimia yang meracun segenap saraf. Aku panas dengan situasi ini. Ion-ion dalam badan bergetar hebat, berlanggar antara satu sama lain. Lantas degupan jantungku jadi kencang.
Aku tiba-tiba rasa ingin menjerit pada lelaki itu, yang aku masih wujud di sini. Nyata, lelakiku itu, leka sekali dengan kehadiran wanita itu. Jelas ekspresi wajahnya tika itu menyatakan bahawa dia sudah tidak perlukan aku. Dia telah membuang aku jauh-jauh dari hatinya.
Oh hati.. kuatlah dikau. Sayu bertandang. Aku haramkan kau menitis wahai air mata. Aku haramkan. Jangan jatuhkan martabatku di hadapan lelaki ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Sutera terengganu di hadapan mataku sudah hilang serinya. Mataku yang tadinya rambang memilih corak kesukaan jadi bergenang. Perlukah aku berlalu dari gerai ini? Nakal mataku tidak putus menyaksikan kemesraan pasangan merpati bahagia itu. Sesekali lelaki itu cuba memadankan kain sutera ke tubuh isterinya.
Dan sesekali sutera merah jambu itu dibandingkan dengan warna kulit isterinya yang ternyata putih gebu itu. Kulit putih begitu, warna apapun cantik dipakai. Hatiku berdetik lagi. Kulihat warna kulit tangan ku, aku jadi malu tiba-tiba. Dan kain sutera merah jambu yang kupegang dari tadi aku letakkan kembali. Ianya tidak sesuai dengan ku.
“Emm... Sakinah... Sakinah’
“Sakinah”, aku tersentak dari lamunan tatkala sedar namaku dipanggilnya.
“ Marilah join kami, kami nak ke kedai kain sebelah..” dia mempelawa. Oh, aku masih wujud dalam hidupnya rupanya.
“ Tak pelah, awak pergi dulu,” aku cuba senyum seikhlas mungkin.
“ Jom la”, isterinya juga mempelawa. Ikhlaskah dia? Lantas tanganku dipegang. Aku jadi kaget.
Masakan aku menyertai mereka dan sengaja melukakan hati sendiri dengan melihat kebahagiaan mereka nanti.
“ Marilah, bahaya tau jalan sorang-sorang,” tanganku ditarik mesra perempuan itu. Mesti perempuan ini dapat merasakan gementarnya aku dan dinginnya jemariku kini.
Dalam kekagetan itu, terasa ada satu ciuman hinggap di kepalaku. Lantas pinggangku dipeluk mesra. Lilitan tangan kasarnya mesra dan kukuh di pinggangku. Aku biarkan saja. Aku jadi selesa. Hangat sekali. Wangian dari tubuhnya menggoda naluriku. Mengetarkan rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
ni cerpen lama saya...sementara nak menunggu idea untuk Taufiq-hidayah, saya letak dulu cerpen ni . sudi-sudilah ...selamat berpuasa semua.
sambungannya dan ending...esok saya bagi. |
|
|
|
|
|
|
|
best2... sila sambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah suamiku.
Syukurlah, suamiku datang cepat pada masanya, tika hati ku hampir tewas dengan perasaan.
Terima kasih abang! Nyata, hangatnya kasih suamiku ini menjadi penawar mujarab atas segala kesedihan dan kekecewaanku dalam mengejar cinta yang palsu. Tangannya kugenggam erat. Lebih erat dari selalu. Dan dia tidak megecewakan, genggaman tangan ku dibalas mesra. Tangannya inilah yang setia memimpinku mencari jalan diredhai.
“ Sayang ni abang datang pun tak sedar ye...mengelamun je kejenye dia.” Dia mencuit hidungku. Aku cuma senyum padanya. Memang aku yang bersalah, mengelamun yang bukan-bukan sampaikan suami sendiri pun hampir aku lupa.
Cuainya aku sebagai isterinya. Wajahnya kutenung. Ada kasih yang mendalam dari lelaki ini untukku.
“Abang, kenalkan. Ini kawan saya dulu, Rosman dan isterinya.”
“ Hamzalah,” suamiku senyum lebar dan bersalaman dengan Rosman. Ku lihat ada riak terkejut di wajah Rosman. Mungkin tidak menyangka aku juga telah berumah tangga sepertinya dan memiliki suami yang sejuta kali penyayang darinya. Aku juga bahagia. Hatiku berkata.
Mereka berpelukan. Suamiku menepuk-nepuk bahu Rosman. Mereka berbual mesra. Ah..abang, cepat mesra pula dia. Aku jadi pemerhati. Tiba-tiba mereka meminta diri untuk pulang. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Eh, marilah jalan-jalan dulu, kata nak ke kedai kain sebelah?,” lancar sahaja ayat itu keluar dari mulutku. Suamiku juga beria-ria mengajak kami jalan bersama-sama.
“ Tak pelah, kami dah nak berangkat ni, nanti lewat pula sampai Pahang.”
“ Oo.. kalau macam tu hati-hatilah, ada masa datanglah umah,” suamiku terlebih ramah lagi. Masakan mereka ingin ke rumah ku, alamatnya pun tidak diberitahu.
“ Ha, yelah.” Lantas suamiku menghulurkan business cardnya.
“Nak datang telefonlah”. Abang ni! Hatiku menjerit geram. Suamiku nyata ingin memanjangkan lagi perkenalan itu.
Mereka melangkah meninggalkan kami. Aku lambaikan tangan ke arah mereka. Pergilah kenangan. Jangan kau datang lagi. Buat pertama kalinya, aku rasakan beban perasaan ku pada lelaki itu, pergi. Betul-betul pergi dari hati ku. Lega.
Lengan suamiku, ku paut erat. Terasa kejapnya pelukan tangan suamiku di pinggang tika ini. Mungkin faham dengan hatiku. Aku merenungnya lagi. Lantas hidungku ditarik lagi. Geram katanya. Aku tersenyum.
“Maaf sayang... lambat. Maaf sangat-sangat. Abang tak jumpa parking tadi,” Jemariku yang masih merah berinai itu dicium berkali-kali dan dibawa ke mulutnya. Mesranya tidak mengira tempat.
“ Habis tu parking kat mane?,”
“ Tu...” dia menunjukkan arah kereta kami diletakkan.
“ Dekat je pun,” aku mula curiga. Aku memandangnya dengan ekor mata. Dia mengaru-garu kepalanya. Lantas beg plastik yang agak besar dihulurkan kepadaku dengan senyuman manisnya.
“ Surprise!!”, dia tersengih.
Aku tak terkata apa.
Dialah pilihan hatiku ...dunia dan akhirat. Jari-jarinya aku gemgam semakin erat. Dan bagaikan mengerti, dia mengeratkan lagi tautan tangan kami. Aku senyum...senang hati. ‘Dia’ ku ini betul-betul telah buat aku tidak mahu jauh darinya.
“ abang!”
“ emm..” dia senyum.
“ terima kasih!”
“Untuk?”
“ untuk semuanya.”
Aku merenungnya disebelah. Dia membalasnya dengan renungan penuh kasih. Tanpa perlu ungkapan sayang dan cinta beribu kali dari mulutnya, aku tahu matanya berkata-kata perkara yang sama.
Dialah penawar segala luka. Dan dialah doktor hatiku! Dengan yakin dan seronoknya, aku istiharkan : hati ini adalah jajahan takluk suamiku seorang...sejak pertama kali kita bertentang mata hingga akhir hayat ku.!
-tamat- |
|
|
|
|
|
|
|
best2thanks sakurakuri |
|
|
|
|
|
|
|
tk walaupun pendek
tp kisah kasih membahagiakan |
|
|
|
|
|
|
|
best crite ni.. thanks sakurakuri.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi tak cite lain... tepek arr banyak2 bagi meriah balik bod nih... skrg suram jek |
|
|
|
|
|
|
|
perpisahan bukanlah bererti kegagalan...
mungkin ada hikmah sebaliknya... |
|
|
|
|
|
|
|
nice one & so sweet...
tahniah TT |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun pendek jer tp citer best.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|