CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 110|Reply: 0

Dengarnya...: Usah berebut makanan dengan anak yatim

[Copy link]
Post time 4-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NAMPAKNYA tak menang tangan rakan-rakan Cik Normah sepanjang Ramadan ini. Selain sibuk dengan fotografi Hari Raya, jemputan membuat liputan majlis juga tetap dipenuhi. Apabila bulan puasa, kebiasaannya majlis pelancaran album, rancangan TV atau pengumuman sesuatu perkara masih diadakan, cuma bezanya disudahi berbuka puasa.\rApa yang nak Cik Normah katakan, kadang-kadang naik sebu juga perut melihat layanan yang diberikan sesetengah pihak kepada penghuni rumah kebajikan yang kononnya menjadi tetamu istimewa majlis. Nampak sangat undangan mereka sekadar pelengkap atau mahu menunjukkan kepada orang luar sikap prihatin terhadap insan kurang bernasib baik.\r\n\n\n\n\rKalau sudah menjemput, layanlah mereka dengan sebaik mungkin. Tidaklah nak minta mereka dilayani bak raja. Maklumlah anak yatim ni usianya ada yang semuda lima tahun. Memang ada penjaga menemani, tapi bagaimana mereka nak cukup tangan jika yang dibawa kadangkala mencecah 40 orang. Sebagai penganjur, eloklah kiranya memberikan mandat kepada sekumpulan petugas untuk membantu mana yang patut.\r\r\n\n\n\n\nIni tidak, tatkala tetamu dewasa sudah mula menjamah hidangan, anak kecil ini masih beratur menunggu giliran mengambil makanan. Iyalah, selalunya hidangan secara bufet, jadi terpaksa berasak-asak dengan orang tua. Cik Normah pun tak nak salahkan penganjur semata-mata, tetamu yang lebih dewasa pun ada yang tak sabar hingga langsung tak menghiraukan kehadiran kanak-kanak terbabit dengan cepat-cepat beratur.\rApa pun diharap semua pihak ambil perhatian dengan mengutamakan si kecil. Kita sebagai orang lebih dewasa punya kudrat yang banyak walaupun sudah seharian berpuasa. Cuba bandingkan tenaga kita dengan mereka. Bayangkan kalau kita lapar, mereka lagilah lapar. Tak salah kita utamakan golongan ini sekali gus menjadi contoh kepada orang lain.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.263650 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list