CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Berniaga sambil dekati peminat

[Copy link]
Post time 18-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Artis manfaat peluang tambah pendapatan pada Ramadan\rSUDAH menjadi lumrah setiap kali tiba Ramadan, golongan artis juga tidak ketinggalan untuk menambah pendapatan sampingan dengan berniaga memandangkan tiada tugasan atau sebarang aktiviti seperti lakonan dan persembahan pentas sepanjang bulan puasa.\r\n\n\n\n\rAntara mereka ini ialah Bienda bersama ibunya, Sheida selain Didie Alias, Enot dan Shila Lama yang merebut peluang berniaga untuk menambah rezeki sampingan.\r\r\n\n\n\n\nMemilih bazar malam di pinggir bandar (Downtown), Cheras sebagai lokasi perniagaan setiap tahun sepanjang Ramadan, mereka merasakan peluang yang diberikan oleh pihak pengurusan pasar malam ini harus tidak dilepaskan.\rFaktor lokasi perniagaan yang strategik menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk menjengah ke gerai mereka yang dibuka dari jam 10 malam hingga 4 pagi itu.\rBagi Bienda, menjalankan perniagaan koleksi tudungnya yang masuk tahun ketiga di lokasi terbabit sudah menjadi kebiasaan pengunjung dan jenamanya kian mendapat sambutan saban tahun.\r“Alhamdulilah sambutan sangat menggalakkan, dan orang sudah kenal jenama Tudung Bienda. Kebanyakan pembeli adalah pelanggan sebelum ini. Sebagai artis kena ada peluang lain kerana industri hiburan kita terhad, jadi peluang yang diberikan ini saya ambil setiap tahun bagi memperkenalkan koleksi jenama saya,” katanya.\r\n\n\n\n\rMemilih koleksinya sendiri agar dekat dengan peminat adalah satu pendekatan terbaik Bienda, malah koleksi tudungnya adalah rekaan khas yang dijual dengan harga berpatutan.\rBertudung tidak menghalang Bienda menjalankan perniagaan terbabit bahkan sering berkongsi cara pemakaian tudung dengan pelanggannya.\r“Saya suka jual benda yang saya tahu, macam tudung kerana saya pakai setiap hari dan suka berkongsi cara bertudung dengan pelanggan.\r“Sejak menjalankan perniagaan ini walaupun hanya bulan puasa tetapi saya sudah tahu menilai jenis kain dan kualiti tudung jadi orang tak boleh nak tipu kita,” jelasnya.\rDitemani suami tercinta, Kamarul Zariman Abd Rahman setiap malam membuatkan Bienda tidak kesunyian malahan Kamarul juga sering membantunya menguruskan perniagaannya.\rWalaupun sedang mengandung tiga bulan, Bienda tidak menjadikan ia satu faktor penghalang untuknya berniaga dan merasa seronok melihat pelanggan yang datang ke gerainya.\r“Beli atau tidak itu hak mereka tetapi saya berpuas hati kerana dapat berkongsi cita rasa bertudung dengan pelanggan. Lebih menggembirakan saya apabila melihat ada pelanggan baru nak belajar bertudung. Dengan perniagaan ini saya harap dapat membantu kaum wanita untuk bertudung dan ada peminat saya yang ikut trend bertudung saya,” katanya.\rJika Bienda dengan koleksi tudungnya, Enot pula sibuk dengan perniagaan biskut raya bersama teman baiknya, Didie Alias. Selain mengusahakan biskut raya sendiri, Enot dan Didie juga menjual minyak wangi. \r“Sebulan puasa sibuk dengan buat kuih raya kecuali Jumaat hingga Ahad kami akan di sini untuk berniaga. Bukan kami saja bahkan Norisham Ismail (suami Didie) dan anaknya serta anak saya, Adriana Balqis dan Ariana Kasih Qistina turut membantu.\r“Saya berniaga di sini sudah empat tahun sepanjang Ramadan. Sebelum ini jual kuih raya orang lain tetapi kali ini kami tampil dengan koleksi kuih raya sendiri,” katanya.\rMenghasilkan kuih raya bukannya susah bagi Enot kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang pastri sehingga menghasilkan sembilan jenis kuih raya.\rMerasakan bidang perniagaan satu pengalaman yang menyeronokkan, Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah ingin mengembangkan lagi bakat pastri yang dimiliki bagi mengusahakan perniagaannya sendiri suatu hari nanti.\r“Sekarang saya tengah fokus kepada belajar pastri dan Insya-Allah kalau ada rezeki nak buka kedai kek sendiri sebab minat yang mendalam dalam bidang ini,” katanya.\rBagi Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, kuih raya yang mereka jual bukan saja terdapat di ibu negara bahkan turut di pasarkan ke Singapura.\r“Sebelum ini kita tengok orang berniaga tetapi kini kita pula yang berniaga dan memang seronok. Saya tak buat biskut raya cuma rasa saja, tetapi Enot dan dua pembantu yang bersengkang membuatnya. Kalau ada majlis berbuka puasa saya akan perkenalkan biskut kuih raya sekali,” kata Didie bersemangat.\rMeskipun sibuk dengan penggambaran telefilem, Sundal Bolong, Didie tetap meluangkan masa untuk menjengah ke gerai mereka dan turut sama berniaga menarik pelanggan.\rMelihat aksi mereka yang mencuit hati untuk menarik pelanggan singgah ke gerai mereka sudah cukup menggamatkan suasana bazar malam terbabit. Malah telatah mereka itu turut menarik pengunjung untuk datang ke bazar malam itu selain lebih 700 gerai yang menjual pelbagai kelengkapan raya.\rBagi peluang artis berniaga\rSementara itu, Pengarah Urusan KL Downtown Night Market, Mohd Rustam Roshandin, lebih 10 gerai dibuka untuk golongan artis menjalankan perniagaan mereka.\r“Kita beri peluang kepada artis menjual produk sendiri dengan jenama mereka sendiri dan pada masa yang sama mereka turut serta dalam aktiviti yang diaturkan oleh kami.\r“Pembabitan golongan artis memberi impak kepada Downtown kerana dapat menarik lebih ramai pengunjung tetapi bagi artis yang tidak mempunyai produk mereka sendiri akan membuat persembahan,” katanya.\rTidak hanya tertumpu pada bulan Ramadan, pengurusan Downtown turut membuka kepada artis untuk berniaga pada hari biasa bagi menambah pendapatan mereka.\rSejak dibuka pada 2006, lebih 500 gerai pelbagai barangan yang menjalankan perniagaan dan meningkat pada Ramadan setiap tahun.  \rHarga yang ditawarkan bagi setiap tapak gerai amat berpatutan ditambahkan dengan pelbagai kemudahan dan gerai makan lebih 96 gerai.\rMeskipun hanya enam gerai saja yang diusahakan oleh artis, namun Rustam menjangkakan ada permintaan lagi daripada mereka pada masa hadapan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.621382 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list