CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Pecah tradisi

[Copy link]
Post time 20-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SEJAK berhijrah ke Jakarta untuk mengembangkan karier nyanyiannya pada 1987, tradisi balik kampung yang sinonim dengan anak rantau setiap kali lebaran menjelma tidak lagi menjadi keutamaan Yuni Shara dan keluarga. Kemeriahan 1 Syawal di kampung kelahirannya di Batu, Malang, Jawa Timur berakhir menjadi memori sejak detik itu.\n\n\n\nSebaliknya keseronokan menyambut Aidilfitri perlahan-lahan dihidupkan di kota, tempat mereka sekeluarga mengais rezeki.\n\n\n\n\n    Penyanyi Mengapa Tiada Maaf dan Sepi itu berkata, sudah berpuluh tahun tradisi balik kampung ketika lebaran tidak diamalkan, malah dia semakin betah meraikan Syawal di Jakarta.“Keinginan untuk menghidupkan kembali tradisi itu masih tersimpan tetapi apabila difikirkan semula, banyak hal membuatkan hasrat itu terpaksa dilupakan. Dengan dua anak kecil, selain keadaan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan jelas mendatangkan lebih banyak kesulitan, berbanding keselesaan sepanjang perjalanan.“Mahu atau tidak, saya dan keluarga memilih untuk menyambut Aidilfitri di Jakarta. Apatah lagi, Syawal nanti saya sendirian menguruskan semua hal berkaitan lebaran justeru, lebih baik beraya di rumah sendiri saja,” katanya.Keadaan ibunya yang berkerusi roda selepas diserang angin ahmar pada 2008, selain adiknya, Krisdayanti (KD) yang sarat hamil membuatkan penyanyi bertubuh kecil itu sendirian melakukan persediaan menyambut Syawal. Kekalutan Yuni berganda selepas 25 Ogos depan apabila pembantu rumahnya mula pulang ke kampung, membuatkan dia kebingungan menguruskan segala hal tanpa dibantu.\n\n\n\n“Beberapa jenis biskut sudah ditempah, cuma menanti dihantar. Saya bingung memikirkan siapa yang akan membantu di rumah nanti, mudah-mudahan dipertemukan dengan pembantu sementara yang serasi.“Kalau tidak betah membersihkan rumah, dapat membantu saya memasak pun memadai kerana saya akan menyediakan bahan-bahannya.Saya sudah mula membersih rumah sedikit demi sedikit. Biarlah saya lakukannya sendiri kerana saya teliti orangnya,” kata kekasih Raffi Ahmad itu.Kesibukan itu juga mendesak ibu kepada Cavin Obrient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan memutuskan untuk tidak mengikut Raffi pulang ke kampung jejaka itu di Bandung.“Dia juga kepenatan kerana sibuk menjelang lebaran tetapi harus pulang untuk bertemu keluarga dan sanak saudara. Bagaimanapun, saya tidak akan bersamanya. Selama dekat dengannya, baru tahun lalu saya mengikut Raffi ke Bandung bersama anak-anak. Kami bermalam di sana. Cuma sekali itu.“Tahun ini saya tidak dapat bersamanya pada lebaran kerana ibu dan KD memerlukan saya di samping mereka. Jadi, saya memilih untuk tidak ke Bandung,” katanya.Yuni juga menjelaskan, Raffi memahami situasi dirinya malah turut bersimpati kerana dia bersendirian menguruskan segala persiapan menyambut kedatangan hari raya.“Kami berbeza kerana saya cerewet sedangkan Raffi boleh berlebih kurang. Namun dia tetap membantu mencari pembantu untuk menguruskan mama. Raffi juga mengambil berat soal anak, malah bertanya apakah mereka memerlukan pembantu ganti atau sebaliknya,” kata Yuni yang memegang gelaran janda buat kali kedua sejak 17 Jun 2008 lalu.Ditanya pandangannya mengenai tradisi balik kampung, Yuni berkata, dia sering terfikir mengapa ada yang sanggup menyeksa badan menempuh perjalanan jauh hanya kerana lebaran.“Saya bukan mempertikai kerana barangkali hal itu memberi kepuasan kepada mereka. Siapa saya untuk mengukur kepuasan orang lain, apatah lagi barangkali lebaran saja peluang berkumpul dengan sanak saudara selepas lama tidak bertemu,” kata penyanyi yang baru melancarkan lagu kerohanian, Akhirnya, akhir Julai lalu.Pernah malu bergelar jandaSINONIM sebagai penyanyi lagu saduran, selain pernah merakamkan lagu kerohanian, Ramadan ini melihatkan Yuni kembali bersama buah tangan terbaru. Yuni merakam semula lagu pernah dipopularkan Gigi, Akhirnya dan keputusan yang dibuat itu baginya, bukan suatu kebetulan.“Apapun yang berlaku, itu sudah tertulis sebagai jodoh. Tidak ada sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Jika sekali pun berlaku, ia datang dari Allah. Saya memang senangi lagu ini, kebetulan ada sanggup menerbitkan. Akhirnya, rezeki saya kembali ke studio merakamnya,” katanya.Tidak menafikan kenyataan, garapan single kerohanian itu bersifat sementara, Yuni bagaimanapun, melihat perkara itu dari sudut positif.“Semua ingin memanfaatkan momen. Memang bersifat sementara tapi jika mampu dilaksanakan mengapa tidak? Saya lihat ia sebagai rezeki tambahan selagi tidak merosakkan niat asal,” katanya.Beralih bicara mengenai hubungannya dengan Raffi, Yuni berkata, percutian bersama di Jepun pada awal Jun lalu memberinya lebih ruang untuk mengenali lebih dekat peribadi jejaka itu, selain menikmati suasana percutian penuh santai tanpa gangguan dan selepas pulang ke Jakarta, dia melihat perubahan dalam diri Raffi.“Dulu Raffi kurang menjaga penampilan, selesa bergaya ringkas tetapi selepas pulang dari Jepun, dia lebih menitikberatkan hal itu,” katanya yang menyerahkan urusan jodoh kepada Allah. “Terserah kepada Allah. Kalau tertulis Raffi ialah jodoh saya, memang dia jodoh saya. Jika Allah menghendaki sebaliknya, dia tidak akan berada di sisi saya. Saya masih menyimpan perasaan takut kerana pernah mengalami dua kali gagal dalam perkahwinan. Cukuplah saya malu kerana pernah bergelar janda, jadi saya mengharapkan yang terbaik kali ini,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.038443 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list