CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

CIMB raih untung bersih RM1.887b

[Copy link]
Post time 24-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group) meraih keuntungan bersih RM1.887 bilion dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011, naik 9.3 peratus daripada RM1.727 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.\rIni berikutan peningkatan kukuh keuntungan bersihnya dalam tempoh suku kedua yang melonjak 9.1 peratus kepada RM970 juta daripada RM889 juta dalam tempoh sama tahun lalu, disumbangkan prestasi kukuh operasinya di Malaysia serta peningkatan berterusan perniagaan dan operasinya di Indonesia.\r\n\n\n\n\rBerikutan itu, kumpulan perbankan tempatan kedua terbesar itu mencatatkan pulangan ke atas ekuiti (ROE) sebanyak 15.8 peratus, sekali gus mampu membantunya mencapai sasaran ROE keseluruhan tahun ini pada kadar 17 peratus.\r\r\n\n\n\n\nBerdasarkan pencapaian itu, ia mengumumkan dividen awal bersih 12 sen sesaham membabitkan pembayaran sebanyak RM892 juta.\rPendapatan kumpulan perbankan itu dalam tempoh separuh pertama tahun itu bagaimanapun susut 1.5 peratus kepada RM5.71 bilion berikutan pendapatan bukan faedah lebih rendah.\rPendapatannya dalam tempoh separuh pertama tahun lalu adalah lebih tinggi berikutan penjualan bon yang pernah menjadi milik Lippo Bank.\rJika tidak mengambil kira pendapatan jualan bon itu, pendapatan kumpulan itu dalam tempoh separuh pertama tahun ini berbanding tahun lalu sepatutnya meningkat 3.5 peratus.\r\n\n\n\n\rMengumumkan keputusan kewangan itu, Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Sri Nazir Razak, berkata ia adalah rekod prestasi terbaik kumpulan itu bagi tempoh separuh pertama.\rBagi tinjauan keseluruhan bagi tahun ini, beliau berkata, CIMB Group mengambil pendekatan berhati-hati berikutan persekitaran semasa ekonomi global.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.038872 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list