Saya ialah satu budak cina yang biasa macam budak-budak cina yang lain sebelum aku menjumpai dia
Selepas tamat pengajian, saya kerja di sebuah kilang. Department aku hanya saya satuorang cina, yang lain semuanya orang melayu dan india. Mula-mula saya memangtidak rapat dengan mereka sebab sudah lama saya tidak campur orang melayu(maksud saya ialah bergaulan selama 10 jam sehari, 5 hari setengah seminggu).Tapi masa menjadi pengubahnya, selepas tahun baru cina ini, saya menjadisemakin rapat dengan mereka. Di tempat kerja saya ada lebih kurang 6perempuanmelayu, 1 lelaki melayu, beberapa orang india. Kita suka bergurau-senda ditempat kerja dan banyak benda pun kita ambilkan untuk merepek. Mungkin disebabkan kita orang baru tamat pengajian dan umur kita pun hamper sebaya,jadi topic perbualan kita tidak pernah berhenti. Situasi ini berterusan sampaibulan april dan saya sangat rapat dengan seorang budak perempuan melayu. Sayusuka kenakan dia dan dia pula suka bermain manja (Macam budak kecil ==). Saya namakan dia sebagai si manja .
selalunya thread di buka untuk berkongsi perasaan.. emosi.. bukan bercerita tentang kisah2 yg berlaku.. kisah cinta yang tiada masalah.. kalau x da masalah org pun x boleh nak beri pendapat dan cara penceritaan kamu lebih sesuai di bod penceritaan pada pendapat admin disini..
Hi, admin, tolong buka my previous thread untuk i terus cakap... i belum habis tiap lagi lor,,,
plss... admin pun belum balas pm i lagi =( tolong lah buka balik thead i sebelum ini...
i pun tak pernah cakap tak ada masalah ttg percintaan ini lagi ...cume aku belum habis tiap la bro ...
Pada bulan april, tempat kerja saya muncul seorang pekerja baru, I namakan dia sebagai pokok semalu. Dia merupakan kawan kepada budak manja itu. Semasa waktu berkenalan, secara spontan saya mengeluarkan tangan saya dan berjabat tangan dengan dia. Dia pun merupakan seorang yang baru tamat pengajian dan sebelum memasuki tempat kerja saya, dia pernah berkerja di tempat lain. Dia senang untuk berinteraksi dengan orang lain di tempat kerja aku dan saya pun cepat rapat dengan dia sebab dia merupakan kawan si manja. Dalam bulan pertama saya suka kenakan pokok semalu sebab muka dia senang malu apabila aku memuji dia di depan orang. Sebab bulu kening dia seiras macam kawan university saya. Pada awal bulan may, disebabkan urusan kerja, saya telah meminta nombor telefon pokok semalu dengan si manja. Dari waktu itu bermulanya interaksi kita melalui mesaj.
Pada bulan april, tempat kerja saya muncul seorang pekerja baru, I namakan dia sebagai pokok semalu. ...
lilonily Post at 28/8/2011 01:24
hari tu saye tengok thread awak nie macam boleh diletak kat bod penulisan sana..
awak pun tak cakap ade masalah ke hapa..buat posting separuh2..sebijik macam orang buat cerpen kat bod penulisan tu.
maybe sebab tu tok movekan thread awak hari tu.
next time..dah karang abes kat word..baru post sekaligus..
Semenjak hari itu, saya macam terpikat untuk bermain sms dengan pokok semalu. Walaupun mesaj I ringkas seperti menpertanyakan “Sudah makan ke ?”, “Apa you buat ? “ , tapi dalam sehari kita boleh sms sampai 20 pucuk . Masa itu I belum lagi merasakan perasaan cinta saya terhadap dia, Cuma merasakan perasaan macam kawan baik. Pada bulan tengah may, disebabkan urusan kerja, saya dan dia terpaksa pergi membuat passport pada waktu kerja, dari waktu itu, masa saya berinteraksi semakin banyak. Perasaan menyukai dia muncul dalam fikiran saya. Disebabkan masalah kesihatan, pembuatan passport dia tergendala pada hari itu, sama juga dengan keadaan saya (IC budak tidak diterima pakai ==). Jadi pada hari seterusnya kita pergi membuat passport lagi, pada pertengahan dia terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan pengesahan doktor. Dia merasakan yang dia menyusahkan saya untuk menemani dia. Tapi pada waktu itu saya tidak rasa yang dia itu membebankan. Semenjak kejadian itu saya merasakan saya telah menyukai dia. Pada satu hari, saya menghantarkan ucapan selamat malam pada dia dengan mengatakan : “ xxx, good night and sweet dream ba—“. Dia hantarkan : “aku bukan baby kamu lor, budak manja itu baru baby you, hehe” . Tapi yang perkataan “ba—“ sebenarnya ialah “ba~~”, translasi dari bahasa mandarin (ba = lah dalam malayu). I tertiap “ba—“, sebenarnya mahu tiapkan “ba~~”. So dia ingat isi tempat kosong. Sejak hari itu, Mesaj saya terhadap dia pula ditambahkan perkataan seperti “miss you”. Saja ^^
Semenjak masa itu, bilangan mesaj keita mencecah kepada 30 pucuk sehari. Tapi aku mula sedar bahawa yang dia merupakan seorang yang beragama islam manakala aku pula seorang yang beragama kristian. Pada suatu pagi, aku cuba daripada tidak bercakap dengan dia di tempat kerja. Semua orang pun merasakan kepelikan aku sebab biasa hari saya kuat merepek di tempat kerja. Pokok semalu pun hairan sebab saya tidak melayan dia. Tapi pada petang itu saya telah kembali bercakap dengan dia sebab susah bagi aku untuk tidak bercakap dengan dia tanpa alasan. Dari masa itu saya tahu saya tidak senang untuk melupakan dia. Pada minggu ketiga bulan May, selain memuji yang dia perempuan yang baik hati dan comel, aku juga sering memanggil dia sebagai baby. Kadang kala, aku hadiahkan mesaj pantun kepada dia. Dia tidak marah pun. Pernah sesekali aku mengatakan yang aku suka kepada seseorang, dia pun bertanyakan siapa orang itu tapi saya tidak memberitahu dia yang aku sukakan dia. Dia pun pernah berkata dengan saya dia itu single but not available. Walaupun saya tidak pernah “declare” yang saya sukakan dia, tapi hati aku merasai kesediahan bila dapat jawapan dia macam itu.
Selamat pagi Cinta ungu, hari itu saya masih sempat tengok reply anda sebelum bertolak pergi kerja dan sebelum topic itu ditutup.
Saya hairan "sangat" kalau ada orang merasakan yang cinta ini sempurna. Haha. Banyak sangat feeling dan kisah-kisah saya belum tiap lagi disini. Hehe tolong beritahu saya ye kalau terlanggar peraturan disini. Terima kasih
Dia pun pernah memberitahu yang kita tidak mungkin untuk bersama kerana pandangan agama kita tidak sama. Dari masa itu saya merasakan yang banyak rintangan kena dihadapi kalau kita bersama. Dari masa itu, saya telah memohon untuk tukar kerja lain kerana saya tidak sanggup untuk berdepan dengan dia. Saya takut kalau hubungan kita bertambah rapat, susah untuk kita melepaskan diri dari perangkap cinta. Melarikan diri merupakan cara penyelesaian yang terbaik bagi kita. Saya lemah kan ?
Seperti yang aku harapkan, saya mendapat temu duga untuk kerja baru. Dan semuanya berjalan dengan lancar sekali, saya diberitahu yang saya layak. Walaupun gaji pokok untuk kerja baru lebih rendah kalau berbanding dengan kerja lama saya,tetapi saya menerima tawaran syarikat baru. Syarikat baru saya terletak 50km berbanding syarikat lama saya. Pada suatu malam sebelum bulan June ini, saya sms dan memberitahu dia yang saya akan meninggalkan dia untuk berkerja di syarikat baru selepas sebulan. Dia tanyakan kenapa.. Masa sms dia saya nangis dalam kereta kerana mood saya memang sedih untukmemberitahu dia tentang hal ini. Dia berkata pada sms dia, dia baru menyukai saya tetapi saya sudah mahu tinggalkan dia. Dia sedih pada sms dia. Dia ingat saya menipu dia dan bertanya dengan budak manja (dia memberitahu saya selepas itu). Pada malam itu kita sms itu berkongsi perasaan kita sampai lewat malam. Tak pernah dia tidur selewat itu. Pada malam itu sebelum dia tidur, saya dengan beraninya memanggil dia sebagai "baby". Malam itu bermulanya hubungan kita yang bererti sebulan. Kita membuat perjanjian semuanya akan berakhir selepas saya pergi syarikat baru.
Pada keesokan hari masa jumpa dia di syarikat, dia tidak berani untuk menengok saya. Saya sms menanyakan sebab, dia berkata tiada apa-apa. Tapi saya tahu dia malu sangat sebenarnya .
Pada awal bulan 6, pada suatu tengahari semasa keluar makan tengahari, kita ditimpa kemalangan. Masa itu poko semalu yang membawa kereta, manakala saya dan budak manja menumpang kereta semalu dia. Pintu belakang dia dihempit oleh bumper kereta lain di persimpangan lampu trafik. Saya yang duduk dibelakang masih dapat merasai gegaran itu. Nasib baik kereta yang melanggar sudah memperlahankan kelajuan dia, kalau tidak kereta semalu mungkin terbabas dan dilanggar oleh lori di seberang jalan. Masa itu kita buat rekod di JPJ, keluarga dia datang. Saya budak manja tunggu dia dan keluarga di tingkat bawah bangunan jpj. Masa itu dia ada sms berkatakan yang dia ini menyusahkan. Tetapi saya tidak pernah merasakan yang dia itu menyusahkan. Dia pernah bercakap dengan saya yang dia semakin jatuh hati dengan saya selepas peristiwa itu. Selepas bergaul seminggu, saya belum mengajak dia keluar. Kita berjumpa/sms di syarikat pada siang dan sms masa mala di rumah. Dalam tempoh 2 minggu kita bergaul, dia pernah menyebut yang kita born dengan pandangan agama yang berlainan, adalah untuk sukar untuk mengekalkan hubungan ini buat selama-lamnya. Saya pun sedih. Dia yang memujuk saya balik Tapi dihati kita tahu, kita hanya bersama untuk sebulan saje
Pada minggu kedua, buat kali pertama saya mengajak perempuan dating. Dia terima pelawaan saya. Pada malam itu cantik betul baju yang dipakaikan oleh saya . Selepas magrib saya menyambut dia di hostel dia. Seperti yang dirancangkan, saya membawa dia untuk makan malam di restoran. Memang manis setiap kali saya menengok muka dia.
Selepas itu, saya membawa dia pergi teluk pantai. Di sana kita berjalan sama-sama ditepi pantai. Ditemani oleh bulan purnama yang begitu cantik sekali. Kita berkongi perasaan di tepi pantai itu. Kita sama-sama duduk dalam kereta-api dalam funfair disana. Memang ramai orang memerhati kita dengan bebola mata yang pelik. Mula-mula saya rasa kekok dan malu
Pada ketika itu. Saya dan dia menengok bintang sampai pukul 1am. Ia merupakan kenangan manis buat kita. Saya telah menhadiahkan dia sebuah "video" yang mencatatkan kenangan manis itu pada dia. Seperti yang ditunjukkan post dibawah.
Sebenarnya manusia sangat simple saje kan ?
Tidak kira bangsa, agama , kita memerlukan kasih sayang. Kasih sayang dari keluarga, kawan, kekasih...
To love and be loved...
Hello airwaves...
Betul apa yang diperkatakan oleh anda.
If the ending is not perfect as we thought,
at least we know, we had tried. Otherwise you might regret if you dont give a try
Pada malam ini, saya rindu pada sayang i. Tadi masa kol dia, dia sakit tekak lagi. Dan selesama juga . Hari ini aku berpuasa juga. Nasib baik tengahari ada kerja buat, tidak kena tarikan.
Pada tahun ini, saya dapat menghayati suasana hari raya.
Selamat hari raya aildifitri saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat
Saya tidak rapat dengan sayang saya di facebook tetapi rapat sangat dengan budak manja di facebook. Beberapa hari yang lalu, sayang saya postkan sebuah video di dinding facebook saya. Simple but it's touching.
Aku penah jadi gini. It' s hurt! Sebab aku tau dia takkan masuk islam sbb dia catholic yang memang kuat pegangan agama n aku takkan sesekali buang islam untuk cinta.
Aku tau sampai sekarang dia masih tak kawin.
Setiap malam sebelum tidur, cinta itu datang dalam fikiran saya.
Cinta terhadap emak,
Cinta terhadap keluarga,
Cinta terhadap kawan,
Cinta terhadap kekasih,
Cinta terhadap tuhan,
Cinta terhadap tanah darahku...
Cinta merupakan punca kebahagian bagi saya
Kadang kala masa kita down/sedih, ditemani oleh seseorang yang kita mencintai merupakan perkara yang paling selesa untuk menghadapi kesukaran. Sayang saya pernah berada disisi saya memulihkan hati saya yang cedera parah.