CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 1

Raya artis cilik

[Copy link]
Post time 29-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mia, Afiq dan Asyiela teruja sambut 1 Syawal TELATAH bersahaja kanak-kanak dalam filem atau drama memang menghiburkan. Nama seperti Bat Latif dan Mohd Raffi pernah mewarnai sinema Malaysia menerusi filem Nujum Pak Belalang, Si Tanggang, Lela Manja dan Singapura Di Langgar Todak. Aksi mereka memang seronok disaksikan.\n\n\n\nKini peminat boleh berkenalan pula dengan pelakon cilik yang semakin popular, Mia Sara dan Mohd Afiq Izzuddin, serta bintang alih suara bagi watak Upin dan Ipin, Asyiela Putri Azhar, yang disatukan dalam sesi fotografi istimewa sempena Syawal. \n\n\n\n\nSuasana di studio memang gamat dengan hilai tawa dan senda gurau mereka sepanjang sesi fotografi berlangsung, mewujudkan suasana sungguh ceria.Afiq, pelakon utama filem Toyol yang cukup nakal sering mengusik Mia manakala Asyiela yang pada mulanya segan silu untuk berbicara mula ramah dan turut ketawa melihat gelagat mereka. Mia yang comel menyerlah dalam rona merah terang sentuhan Asylla Collection, manakala rona merah jambu yang cukup menyejukkan mata sesuai digayakan Asyiela yang lebih memperlihatkan sifatnya yang lemah-lembut malah gaya hulubalang bersongkok lengkap yang disarungkan ke tubuh Afiq menceriakan suasana Syawal yang menjelang tiba.Kepetahan, kecomelan, gaya bersahaja dan usikan nakal ketiga-tiga bakat ini membuatkan sesi fotografi berjalan lancar dan kehadiran mereka mencuit rasa dengan cerita Ramadan dan ketibaan Syawal.\n\n\n\n Mia belajar berpuasaNAMA Mia Sara Nasuha makin dikenali selepas membintangi drama Adamaya. Tidak dinafikan pelakon comel ini cepat menangkap perhatian produser dan pengarah hingga memberikan kepercayaan kepadanya membintangi drama atau filem mereka.Tahun ini pula cukup bermakna buat Mia yang menjengah usia lima tahun apabila menjadikan Ramadan kali ini sebagai pembuka kepadanya untuk belajar berpuasa.“Mia puasa tahun ini. Sudah 12 hari Mia puasa dan papa suruh puasa. Mestilah penat sebab Mia puasa dan nak dapat banyak pahala. Mia bangun sahur dan makan nasi dengan sup ayam,” kata anak ketiga daripada empat beradik ini sebaik diajukan soalan kenapa dia memilih untuk berpuasa tahun ini.Katanya, tahun ini dia akan pulang beraya di kampungnya di Melaka untuk bertemu keluarga tersayang di sana. “Mia ikut papa balik ke Melaka dan nak jumpa nenek di sana. Tahun ini Mia pakai baju raya warna putih,” katanya yang sangat menggemari biskut tat nanas dan kuih coklat.Mia memberitahu, dia tidak suka makan ketupat dan rendang sebab pedas.Sentiasa tersenyum, kanak-kanak yang suka berfesyen ini turut memberitahu, dia mempunyai banyak koleksi baju berwarna merah jambu.“Mia ada tujuh baju warna merah dan Mia juga mahu beli kasut raya sebab papa tidak beli lagi,” katanya yang baru selesai menjalani filem bertajuk Cuak.Walaupun kelihatan agak letih sewaktu sesi fotografi dijalankan, si comel yang kian membesar ini bersemangat untuk meneruskan puasa walaupun sesekali merengek keletihan kepada bapanya yang setia menemani ke mana saja dia pergi.Bercita-cita untuk menjadi doktor, Mia mengaku suka berlakon sehinggakan mempunyai kalangan peminat yang ramai.“Ramai sudah kenal Mia. Mia sayang semua peminat Mia. Mereka cakap Mia comel. Tahun ini Mia nak dapat duit raya banyak sebab nak simpan,” katanya ceria.Mahu pungut banyak duit rayaDIA masih hijau dalam dunia lakonan, namun pelakon berusia 12 tahun ini boleh disifatkan sebagai kanak-kanak bersemangat tinggi dalam menghayun langkah sebagai anak seni.Figura kecil bernama Mohd Afiq Izzuddin ini seperti kanak-kanak lain, menjadikan Syawal sebagai bonus untuk mengutip duit raya.“Selagi masih kanak-kanak, saya akan terus mengutip duit raya sebab pada zaman kanak-kanak inilah saja kita dapat buat macam tu.“Tahun ini saya rasa boleh dapat duit raya yang banyak dan saya sasarkan untuk membeli telefon iPhone. Sebab itulah saya akan giatkan usaha untuk mengumpul duit raya,” katanya yang punyai keistimewaan meniru gaya pakar motivasi, Datuk Dr Fadzillah Kamsah.Afiq yang dikenali menerusi siri drama kanak-kanak, Geng Bas Sekolah (GBS) dalam membawakan watak budak nakal ini akan pulang beraya di kampungnya di Negeri Sembilan. “Saya rapat dengan nenek di sebelah ibu. Lagipun kasihan kerana nenek tinggal keseorangan. Paling saya suka rendang daging nenek yang cukup sedap. Boleh dikatakan semua yang dimasak nenek saya suka,” katanya yang juga menggemari kerepek bawang yang sentiasa menjadi hidangan ketika menonton program raya di televisyen.Katanya, dia sudah berpuasa sejak usia tujuh tahun lagi dan semua dilakukan untuk mendapat keberkatan dan menghimpun pahala.“Aktiviti raya saya pula adalah bermain bunga api dan mercun, tetapi saya amat berhati-hati. Saya hanya bermain bunga api dan mercun yang tidak berbahaya.“Saya juga nak nasihatkan kepada kawan sebaya supaya berhati-hati dan jangan mencipta mercun yang berbahaya. Nanti jari putus dan akan cedera,” katanya yang sudah mempunyai beberapa pasang baju raya untuk Syawal tahun ini.Kata anak kepada pasangan Mohd Daud Razak serta Zizi Watie Mad Zam ini, filem Toyol yang bakal ditayangkan kelak diharapkan memberikan rezeki kepadanya untuk terus mewarnai industri seni.“Bukan mudah membawa watak Toyol sehinggakan saya takut melihat cermin bila sudah disolekkan. Antara cabaran yang perlu tempuhi adalah rasa mengantuk yang teramat kerana penggambaran habis jam 2 hingga 3 pagi,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi pakar forensik.Beraya dengan baju kurung merah jambuKEHADIRANNYA di dunia seni berbeza dengan Mia dan Afiq. Wajahnya tidak menghiasi kaca televisyen mahupun mana-mana panggung. Mungkin belum masanya lagi. Dia hanya gadis kecil yang meminjamkan suara untuk dua watak yang begitu diminati, Upin dan Ipin.Mendengar saja suara comelnya ketika menjayakan watak terbabit, tidak terlintas dalam fikiran dia sebenarnya kanak-kanak yang memang pemalu. Di luar studio, dia tidak banyak bercakap, tidak seperti celotehnya ketika menjayakan watak itu. Kanak-kanak berusia 11 tahun dengan nama indah, Asyiela Putri, 11, ini bercerita, dia sudah mempunyai empat pasang baju kurung berwarna merah jambu untuk berhari raya.“Saya amat sukakan warna merah jambu. Jadi hampir setiap tahun baju yang ibu beli semuanya warna merah jambu. Saya sendiri suka mengumpul koleksi pakaian dan barang berwarna merah jambu kerana warna itu lembut dan sesuai dengan saya,” katanya yang akan pulang beraya di Pulau Pinang bersama keluarga.Katanya, seperti Afiq dan Mia, dia juga suka mengumpul duit raya.“Duit raya yang selalu saya dapat akan disimpan kerana mama selalu beritahu, tidak baik duit itu dibazirkan. Ia perlu disimpan untuk masa depan atau untuk melanjutkan pelajaran kelak,” katanya.Jika kanak-kanak lain sukakan kuih moden seperti cornflakes, almond London dan kuih berasaskan coklat, tidak bagi Asyiela yang lebih menggemari kuih tradisi seperti bahulu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2011 10:11 AM | Show all posts
copy dari mana ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.157950 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list