CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Cuti lemahkan prospek lantunan

[Copy link]
Post time 29-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pasaran saham tempatan mungkin mencerminkan pantulan di Wall Street\rPASARAN saham tempatan mungkin mencerminkan pantulan di Wall Street Jumaat lalu apabila dibuka hari ini, tetapi pelabur berkemungkinan memilih untuk tidak memasuki pasaran menjelang cuti panjang Hari Raya Puasa dan Hari Merdeka.\r\n\n\n\n\r  Pasaran Amerika Syarikat (AS) tidak mengendahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih rendah satu peratus berbanding jangkaan 1.3 peratus, manakala Pengerusi Rizab Persekutuan AS memberi petunjuk bahawa ekonomi negara itu masih boleh bertahan untuk memerlukan rangsangan tambahan.\r\r\n\n\n\n\n  Ben Bernanke tidak menyatakan dengan khusus rancangan beliau bagi memulihkan ekonomi AS. Ia dijangka didedahkan selepas mesyuarat berikutnya bulan depan.\rSungguhpun berlakunya pembetulan 39 mata minggu lalu pada FBM KLCI, pelabur dinasihatkan berhati-hati apabila melabur atau berdagang kerana keadaan kucar-kacir semasa kelihatan masih belum mendekati penghujungnya.\rIsu luaran, terutama berkaitan ekonomi dan sistem perbankan Eropah dan masalah di AS, terus membimbangkan.\rDengan ketiadaan langkah konkrit oleh kerajaan AS dan Eropah bagi mengawal terbantutnya pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan prospek pekerjaan menerusi perbelanjaan kerajaan dan pembabitan sektor swasta, sentimen lemah semasa boleh diterjemahkan sebagai data ekonomi dan pendapatan korporat yang lebih lemah.\r\n\n\n\n\rSusutnya keyakinan pengguna boleh menjurus kepada perbelanjaan lebih rendah dan penabungan tinggi.\rPermintaan lemah boleh merendahkan keupayaan untuk berbelanja dan pelaburan swasta.\rFaktor makro sebegini akan melemahkan prospek ekonomi Malaysia dan pasaran saham.\rKeputusan suku kewangan kedua baru-baru ini sudah pun menuding ke arah kemungkinan keputusan kewangan lebih lemah pada suku-suku berikutnya.\rMusim keputusan suku kewangan akan berakhir hari ini tetapi keputusan yang dikeluarkan syarikat, seperti dijejaki TA Securities, setakat Khamis minggu lalu, sudah menunjukkan tanda kelemahan.\rSehubungan itu, ramalan keputusan kewangan telah diturun taraf buat pertama kalinya dalam lima suku sebelum ini selepas pendapatan korporat menjejaki jangkaan.\rSecara terkumpul, ramalan pendapatan syarikat dikaji diturun taraf sebanyak 4.7 peratus dan 4.5 peratus masing-masing bagi Tahun Terkumpul 2011 (CY11) dan CY12.\rSektor utama menerima kesan ialah pengangkutan, perbankan, telekomunikasi, perladangan dan tenaga.\rBerdasarkan perspektif lebih meluas, penurunan penarafan dalam sektor berkenaan menandakan kenaikan kos dan kelemahan permintaan.\rSebagai kesimpulan, penanda aras dijangka menyaksikan pantulan teknikal pada sesi dagangan separuh hari, hari ini.\rBagaimanapun, komitmen dagangan dijangka susut, tambahan lagi bursa tempatan akan ditutup sepanjang minggu, kecuali Jumaat, sempena sambutan Hari Raya Puasa dan Hari Merdeka.\rBagi KLCI, ia dijangka menyaksikan sokongan penting daripada paras rendah 1,423.47 9 Ogos 2011, dengan sokongan lebih kukuh pada 1,420.\rMelainkan pasaran global menunjukkan pembetulan lanjut, KLCI akan terselamat daripada pembetulan lanjut kepada 1,378, mewakili 61.8 peratus FR, dengan sokongan ketara berikutnya pada 1,327, mewakili 76.4 peratus FR.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.551543 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list