CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Taufan Irene ragut 9 nyawa

[Copy link]
Post time 29-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dua juta penduduk bergelap, ramalan paras air naik setinggi 2.4m\rNEW YORK: Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh, apabila Taufan Irene membadai Carolina Utara dan Virginia ketika ia menghala ke bandar raya New York semalam.\r\n\n\n\n\rPada masa sama, lebih dua juta penduduk dari Carolina Selatan hingga Maryland pula terpaksa bergelap apabila kedatangan Irene juga  menyebabkan banjir dan angin kencang yang menumbangkan tiang elektrik.\r\r\n\n\n\n\nKekuatan Irene diturunkan kepada kategori satu tetapi ketika menghampiri New York, jabatan kaji cuaca dalam ramalannya memberi amaran Irene menghampiri kekuatan taufan.\rPerkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan melaporkan pihaknya bersedia berdepan puting beliung di New York, Long Island dan Connecticut selatan, ketika ia dilaporkan Delaware dan Maryland.\rPakar kaji cuaca bagi Pusat Taufan Kebangsaan (NOAA), Daniel Browin, berkata ribut akan menyebabkan kenaikan paras air setinggi 1.2 hingga 2.4 meter (m) di kawasan bakal dilanda taufan itu.\r“Di kawasan berhampiran pantai, taufan itu membawa bersama ombak besar, berbahaya dan mengancam nyawa,” katanya.\r\n\n\n\n\rSeorang budak lelaki berusia 11 tahun di Virginia maut apabila pokok tumbang di atas  rumahnya dan di Carolina Utara seorang lagi kanak-kanak terkorban dalam kemalangan di persimpangan jalan berikutan lampu isyarat rosak.\rSementara itu, hos rancangan bual bicara kontroversi, Glenn Beck, menyifatkan Taufan Irene sebagai ‘rahmat Tuhan’ dan berkata kedatangan ribut maut itu mengajar penduduk supaya lebih bersedia berdepan bencana semula jadi.\rBercakap dalam programnya di radio, beliau menggesa pendengar bersedia berdepan masalah makanan global.\rPresiden Barack Obama melawat ibu pejabat Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan meninjau persediaan dan aktiviti tindak balas ke atas kejadian kecemasan.\rDi NEW YORK, persediaan berdepan taufan itu menjadi amalan biasa namun penduduknya terus dilanda kebimbangan. \rDatuk Bandar New York, Michael Bloomberg, mengulangi amaran apabila ramai penduduk kelihatan tidak mempedulikan arahan pemindahan mandatori yang meliputi kawasan di Manhattan dan kawasan persisiran pantai. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.237378 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list