|
Program berterusan semingguJEDDAH: Hampir semua bandar dan pekan di Arab Saudi sudah menyelesaikan urusan bagi menyambut Aidilfitri.\n\n\n\nPersediaan itu lebih ketara di dua bandar suci Makkah dan Madinah di mana penduduk, ekspatriat dan pelawat tidak sabar menyambutnya. Sambutan itu akan bermula di dua bandar suci itu sehari selepas Aidilfitri.\n\n\n\n\n\nPihak pentadbiran di dua bandar suci itu berkata, aktiviti ketika sambutan lebaran diwujudkan untuk memenuhi selera ribuan jemaah yang masih sesak di Makkah dan Madinah.Datuk Bandar Makkah, Osama Al-Bara meluluskan program sambutan dan pelbagai aktiviti hiburan diadakan oleh perbandaran itu dengan penyertaan penduduk, warga asing, jemaah dan pelawat.Pengarah jabatan keselamatan dan perkhidmatan sosial di perbandaran Makkah, Ahmad Muhammad Manshi, berkata sambutan itu termasuk program yang dijalankan sendiri pihak perbandaran dan yang lain oleh cawangannya, penduduk dan masyarakat asing.Katanya, sambutan itu yang akan bermula pada hari kedua lebaran akan berterusan selama seminggu.\n\n\n\n“Ada tarian rakyat dari Mesir, Syria, Afrika, India dan China sebagai tambahan kepada pertunjukan bunga api, malam berpuisi dan program khas untuk kanak-kanak,” kata Manshi.Beliau menambah, sambutan itu juga termasuk gerai makanan popular, pertandingan dengan hadiah dan lakonan.Manshi berkata, sambutan itu akan diadakan di tempat letak kereta di sepanjang Lebuh Raya Jeddah-Makkah, dewan tertutup kelab sukan Al-Wuhda, taman Um Al-Katad di daerah Al-Shukiyyah, tempat letak kereta di pasar Al-Hijaz, taman Al-Hussainiyah berhampiran Bandar Perubatan Raja Abdullah dan kawasan lain.Datuk bandar itu juga menubuhkan pasukan khas daripada perbandaran untuk menyelia pelaksanaan program sambutan.Pengarah jabatan kebersihan di Madinah, Muhammad Ali Al-Alawi, berkata lebih 1,130 pekerja akan membersihkan plaza Masjid Nabi ketika hari raya menggunakan pembersih automatik dan trak sampah.Di bandar ini, sambutan bermula pada hari pertama raya dalam bandar termasuk Obhur, lapangan terbang lama, Dataran Al-Baieah, daerah Al-Hamra dan tempat lain. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|