View: 132|Reply: 0
|
Tingkat mutu pengurusan sisa pepejal
[Copy link]
|
|
Penswastaan pastikan perkhidmatan kutipan sampah, pembersihan awam lebih efisienPENSWASTAAN Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam mulai 1 September 2011 sebenarnya memberi lebih banyak impak positif kepada orang ramai walaupun mereka tidak dikenakan sebarang bayaran.\rAntara lain, kualiti khidmat kutipan sampah dan pembersihan awam dipertingkatkan dengan lebih efisien. Orang ramai juga diberi jaminan berpuas hati dengan khidmat syarikat konsesi yang dilantik kerajaan. \r\n\n\n\n\r Sebaliknya, jika orang ramai mendapati kualiti khidmat syarikat tidak memuaskan mereka boleh membuat aduan terus kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan tindakan dikenakan kepada syarikat dalam bentuk penalti dan menolak mata KPI syarikat konsesi iaitu E-Idaman Sdn Bhd bagi negeri Perlis dan Kedah, Alam Flora Sdn Bhd bagi negeri Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan syarikat konsesi SWM Sdn Bhd bagi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.\r\r\n\n\n\n\n Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Datuk Dr Nadzri Yahaya, berkata biarpun syarikat konsesi terpaksa menukar lori sampah lebih moden dan canggih serta mengedarkan tong sampah baru kepada rumah di atas tanah, orang ramai tidak perlu bimbang kerana tidak akan dikenakan apa-apa bayaran. \rPenukaran lori sampah dan juga pengedaran tong sampah yang baru akan diadakan secara berperingkat bermula 1 September ini. \rPada September 1995, Jemaah Menteri bersetuju supaya Pengurusan Sisa Pepejal seluruh negara di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diswastakan.\rKatanya, penswastaan dipersetujui dibahagikan mengikut zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Sarawak dan Zon Sabah. Bagaimanapun cadangan penswastaan berjalan hanya di Semenanjung (kecuali di Selangor, Perak dan Pulau Pinang) tetapi tidak di Sabah dan Sarawak disebabkan perbezaan perundangan.\r\n\n\n\n\r“Keputusan penswastaan kerana kerajaan mendapati PBT kekurangan faktor kewangan, kepakaran dan sumber manusia untuk memberi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang berkualiti.\r“Apabila Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) diluluskan Parlimen dan diwartakan pada 2007, ia memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelaras sepenuhnya pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di seluruh Semenanjung, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan,” ujarnya.\rDr Nadzri menambah, tujuan pengambilalihan ini adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kutipan sampah di Semenanjung. Penswastaan ini sekali gus akan membawa transformasi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera.\rDi bawah penswastaan penuh kelak, kutipan masih dibuat tiga kali seminggu di mana sisa organik seperti sisa makanan dan sisa pepejal lain yang tidak boleh dikitar semula dikutip dua kali seminggu, manakala satu kutipan dikhususkan untuk mengutip sisa pukal, sisa kebun dan sisa boleh dikitar semula.\rMenurutnya, kerajaan mewujudkan Key Performance Indeks (KPI) kepada syarikat konsesi dan ia dimasukkan ke dalam Perjanjian Konsesi bagi memastikan penswastaan ini membuahkan hasil seperti dikehendaki dari segi kualiti pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang tinggi.\rKatanya, KPI terbahagi kepada KPI primer dan sekunder, mengikut betapa seriusnya kesalahan. \r“Contohnya, titisan air leachate dari lori kompaktor dianggap kesalahan berat dan termasuk di bawah KPI primer menyebabkan syarikat konsesi didenda dan penolakan markah,” tegasnya.\rBagi melancarkan proses pemantauan, kerajaan juga mewujudkan agensi PPSPPA yang akan memantau , mengawal selia dan menguatkuasaan undang-undang. \rBagaimanapun, katanya, pelaksanaan KPI penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ini dijalankan secara berperingkat mengikut kawasan yang dipersetujui syarikat konsesi dan kerajaan.\rKatanya, pada tahun kedua, sebanyak 30 peratus kawasan PBT akan mempunyai tong sampah dan lori baru dan KPI baru akan berkuat kuasa di kawasan berkenaan, manakala pada tahun ketiga sejumlah 75 peratus kawasan PBT akan dikuatkuasakan dengan KPI baru dan tahun keempat KPI baru akan dikenakan di semua PBT.\rKerajaan juga di dalam Perjanjian Konsesi memperuntukkan mengenai kewujudan satu ‘call centre’ untuk menerima dan mengurus aduan dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kutipan dan perkhidmatan pembersihan awam.\rCall Centre beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.\r“Call Centre atau Sistem Aduan diwujudkan dan diintegrasikan dengan ketiga-tiga syarikat konsesi menggunakan talian bebas tol 1-800-88-7472,” tambahnya. \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|