CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Singapura laksana standard MEPS

[Copy link]
Post time 3-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PENGEKSPORT serta pengilang penyaman udara dan peti sejuk Malaysia perlu mematuhi standard prestasi tenaga minimum (MEPS) yang dikenakan Singapura mulai 1 September lalu, bagi memastikan laluan pasaran yang berterusan bagi produk berkenaan di republik itu. \rDalam satu kenyataan semalam, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata, pengeluar dan pengeksport membekalkan penyaman udara dan peti sejuk kegunaan di rumah di Singapura mestilah juga mendaftar diri dengan Agensi Alam Sekitar (NEA) negara itu.  \r\n\n\n\n\r  Model penyaman udara dan peti sejuk, katanya, mesti didaftar dan mempunyai sijil pendaftaran yang sah selama tiga tahun. \r\r\n\n\n\n\n  “Apabila dasar ini dikuatkuasakan, semua pengimport, pengeluar, pengedar, peruncit, pemaju harta dan kontraktor mesti memastikan produk masing-masing dilekatkan dengan label tenaga NEA,” kata kenyataan itu.\rMatrade berkata, untuk kekal berdaya saing dalam pasaran ini, syarikat Malaysia juga perlu menyedari mengenai kos tambahan yang ditanggung berikutan pelaksanaan standard itu.  –  BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 1.371059 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list