|
OPOR ayam, sambal hati, lontong dan biskut puteri salju menjadi hidangan wajib yang melengkapi menu istimewa pagi Syawal lalu di kediaman keluarga pelakon terkenal, Titi Kamal.\rSyawal kata Titi pelakon berusia 30 tahun ini, tidak akan sempurna tanpa hidangan yang sudah menjadi kemestian kepada keluarganya apatah lagi lebaran cuma sekali diraikan setahun.\r\n\n\n\n\rNamun, tanpa perlu berselindung, anak bongsu lima bersaudara ini mengakui, dirinya masih belum mahir selok belok hal pengurusan dapur.\r\r\n\n\n\n\nSemua hal berkaitan penyediaan menu lebaran diserahkan kepada ibunya yang sudah memahami selera setiap anaknya apabila Aidilfitri menjelma.\r“Sama ada membakar biskut atau memasak hidangan yang menuntut waktu yang panjang, mama selesa melakukannya sendiri. Saya cuma tinggal makan,” katanya berseloroh. \rIsteri kepada pelakon kacak, Christian Sugiono berkata, segala perancangan mengenai aktiviti berhari raya kebiasaannya dibuat pada saat akhir.\rSeperti Syawal ini, Titi dan keluarganya selesa memilih untuk beristirehat di rumah sambil menonton pelbagai program menarik yang ditayangkan sepanjang hari raya.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak pasti sama ada kami akan balik kampung atau sebaliknya. Tetapi saya dan suami sudah menyiapkan agenda untuk menziarahi tetangga dan saudara, itu satu kemestian.\r“Seandainya tiada apa yang dilakukan, kami memilih untuk bersantai dan menonton filem yang sedang mendapat sambutan,” katanya.\rSelepas dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon yang membolosi dunia hiburan selepas menjuarai gadis muka depan Anekka Yess 1997 ini dapat merasakan perbezaan ketika berpuasa. \rDisebabkan mahu meneguk kemanisan dan fadilat pada bulan suci, Titi memilih untuk memperlahankan aktiviti seninya sepanjang Ramadan lalu. \r“Andai tidak terikat dengan penggambaran dan nyanyian, saya juga menguruskan kerjaya suami. Jadual kami padat, apatah lagi saya terpaksa bekerja ke sana sini untuk menghadiri mesyuarat.\r“Kebetulan saya dan suami membuka perniagaan berasaskan makanan dan hartanah, jadi banyak yang perlu saya pelajari.\r“Pada masa lapang, saya menajamkan lagi skil memasak. Selalunya saya akan melayari internet dan membelek buku resipi seterusnya cuba memasak,” katanya serius.\rWanita yang sering tampil dengan gaya rambut hitam lepas itu semakin sibuk apabila restoran Sunda yang diusahakan di Jakarta Pusat mula beroperasi, sekali gus merealisasikan impiannya untuk bergelar ahli perniagaan.\rTiti berkata, ketika dia bergelut di dapur, Christian atau mesra disapa Tian akan turut membantu untuk meringankan bebannya. \rTian sering memberikannya idea, apatah lagi suaminya itu berpengalaman menguruskan dapur kerana pernah bekerja di restoran ketika menuntut di Jerman dulu.\rSering kata Titi, mereka memilih menu ringkas sebagai sajian kerana Tian kurang menggemari hidangan berat terutama berasaskan makanan laut. \r“Tian sebaliknya menggemari ayam, daging atau pasta. Jadikan cara masakannya tidak terlalu berat. Saya sendiri belum mahir menyediakan menu asli Indonesia. \r“Sering yang saya hidangkan kepada suami adalah nasi goreng atau masakan Cina dan pasta. Selebihnya, saya masih lagi belajar. \r“Jika Tian tidak terikat dengan penggambaran kami akan masak bersama. Kami akan cuba untuk luangkan waktu, jika tidak tengah hari kami makan bersama pada waktu malam,” katanya.\rMenanti dikurniakan cahaya mata\rBIARPUN mahir di dapur, namun kata Titi, Tian belum pernah memberikannya kejutan seperti menyajikan hidangan kegemaran isterinya.\rMalah Tian lebih senang jika Titi yang memasak kerana air tangan bintang Ada Apa Dengan Cinta dan Mendadak Dangdut itu cukup enak dinikmati.\r“Titi sendiri boleh memasak, kegemarannya makanan manis seperti kuih atau pencuci mulut. Selalunya saya cuma menjadi pengkritik, memberitahunya apa yang terlebih dan apa perlu dikurangkan.\r“Setakat ini, ramai yang memberikan komen positif malah teman juga menyukai air tangannya yang mempunyai ciri tersendiri,” kata Tian.\rPasangan yang diijabkabulkan pada 31 Mei 2009 itu berkata, mereka sentiasa mencari ruang untuk meluangkan waktu bersama.\rSekali pun Titi masih aktif berlakon, malah berterusan menjalani sesi penggambaran selepas bergelar isteri, dia dan Tian sentiasa mencipta ruang harmoni dalam hubungan mereka.\r“Sibuk bagaimanapun, kami akan mencari kualiti waktu untuk mengeratkan hubungan. Tiada masalah jika pulang lewat malam pada hari bekerja tetapi hujung minggu, kami akan menghabiskan masa berdua,” kata pemilik album, Lebih Baik Sendiri itu.\rRuang waktu pasangan ini semakin terhad kerana tanggungjawab Titi sebagai jurucakap produk selain bergelut dengan dunia nyanyian menyita sebahagian besar masa mereka. \rKesibukan itu, barangkali mendorong pasangan yang bernikah di Australia belum dikurniakan cahaya mata biarpun sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa.\r“Jangan ditanya bila kerana jika saya mampu berbicara dengan Allah mengenainya, sudah pasti saya akan bertanya hal itu.\r“Selagi belum sampai waktunya, kami nikmati dulu hidup berdua. Saya percaya akan ada keajaiban yang datang, sekali gus membawa keindahan dalam hidup kami nanti,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|