View: 217|Reply: 1
|
Charlene ikat nafsu Albert
[Copy link]
|
|
Puteri Monaco arah suami lupakan semua bekas kekasih\rMONACO: Putera Albert tidak lagi berpeluang untuk berfoya-foya selepas isterinya, Charlene Wittstock menetapkan supaya beliau tidak lagi berhubung dengan semua bekas kekasihnya.\r\n\n\n\n\rPuteri Charlene, 33, dikatakan cuba melarikan diri dari Monaco dua hari sebelum perkahwinan berlangsung selepas mengetahui Albert mempunyai anak luar nikah ketiga, ketika mereka bertunang.\r\r\n\n\n\n\nSelepas dinasihatkan oleh pegawai istana, pasangan itu berkahwin Julai lalu disusuli satu lagi dakwaan bahawa mereka bermalam di hotel berasingan ketika berbulan madu.\rBerikutan itu, Charlene ketika ini dilaporkan menggunakan kuasanya untuk mengawal Albert, 53, yang sudah mempunyai dua anak luar nikah.\rMajalah Paris Match mendedahkan bekas perenang Olimpik itu menyebabkan seorang daripada bekas kekasih Albert, Nicole Coste, dikeluarkan daripada senarai tetamu ke majlis Palang Merah besar-besaran di Monaco.\rCoste yang berasal dari Togo, ialah ibu kepada anak luar nikah Albert yang berusia enam tahun, Alexandre. Pemerintah Monaco itu mempunyai seorang lagi anak perempuan, Jazmin, 19, yang dilahirkan selepas menjalin hubungan singkat dengan ejen hartanah Amerika Syarikat, Tamara Rotola. \r\n\n\n\n\rDalam kedua-dua kes, ujian DNA dilakukan sebelum Albert mengaku dia adalah bapa kepada kedua-duanya, dan bersetuju membiayai perbelanjaan membesarkan mereka.\rSumber yang rapat dengan istana Monaco memberitahu Paris Match: “Charlene perlu menerima kehadiran Coste dalam majlis tahun lalu ketika mereka bertunang.\r“Tetapi, oleh kerana mereka sudah berkahwin, dia bertegas dan mahukan Coste dikeluarkan daripada senarai tetamu.\r“Dia tidak mahu memberi status tetamu istimewa kepada Coste pada majlis rasmi dan tidak mahu Albert bergaul dengan mana-mana bekas kekasih.”\rSebelum bertemu Charlene empat tahun lalu, Albert menjalin hubungan dengan berpuluh-puluh wanita cantik dan terkenal di dunia termasuk Angie Everhart, Brooke Shields dan Claudia Schiffer. Albert juga terpaksa berdepan khabar angin dia adalah gay.\rKhabar angin mengenai permasalahan mereka yang disangkal keras pasangan itu, tersebar selepas Charlene dilaporkan bergegas ke Lapangan Terbang Nice dua hari sebelum perkahwinan berlangsung.\rMajalah L\'Express melaporkan, Charlene mengetahui Albert mempunyai anak luar nikah ketiga ketika mereka saling berhubungan. Laporan juga menyebut Albert menjalankan ujian DNA sebelum bertolak ke Durban untuk berbulan madu.\rCharlene bercakap mengenai kesunyiannya di Monaco awal tahun ini dan menambah: “Saya cuma ada dua orang yang saya anggap rakan di sini.”\rSumber dalaman Monaco memberitahu media Perancis bulan lalu, satu perjanjian dibuat antara Albert dan pengantinnya selepas dia berundur untuk memastikan Charlene memberikan waris sah kepada suaminya.\rPerlembagaan Monaco menetapkan bahawa semua anak luar nikah Albert tidak boleh mewarisi takhta kerana dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan.\rSumber lain pula mendakwa: “Charlene akan memberi waris, kemudian jika keadaan masih serba tidak kena, dia akan dapatkan pampasan perceraian lumayan.”\rJurucakap kerajaan Monaco berkata, sebaik bertemu Charlene, Albert tahu dia akhirnya menemui wanita yang dia mahukan memberikan waris untuknya.\rJurucakap itu memberitahu majalah Point de Vue tahun lalu: “Charlene cantik dan bergaya, dan kami semua berharap dia akan memastikan kesinambungan institusi diraja. Albert tidak pernah berkahwin tetapi tahu ini masanya untuk melahirkan pewaris Monaco.” – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
peh pening aku membacanya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|