CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

'Gaddafi perlu dibicara di Libya'

[Copy link]
Post time 5-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jenayah sepanjang pemerintahan wajar diadili tanpa ambil kira dakwaan ICCLONDON: Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, perlu dibicarakan di negara itu kerana jenayah yang dilakukan sepanjang pemerintahannya tanpa mengambil kira dakwaan yang dikenakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadapnya.\n\n\n\nPenyelaras bersama Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di Britain, Guma al-Gamaty, berkata Gaddafi perlu dibicarakan di Libya berikutan banyak jenayah yang dilakukan sejak berkuasa pada tahun 1969.\n\n\n\n\nICC yang beribu pejabat di The Hague, mengeluarkan waran tangkap ke atas Gaddafi kerana jenayah kemanusiaan yang dilakukan ketika pemberontakan di Libya, bersama waran untuk anaknya, Seif al-Islam dan ketua perisikan beliau.“ICC cuma akan membicarakan Gaddafi atas jenayah yang dilakukan sejak enam bulan lalu. Gaddafi bertanggungjawab ke atas banyak jenayah yang dilakukan sejak 42 tahun pemerintahannya, beliau perlu dibicarakan dan menjawab semua tuduhan  dalam perbicaraan di Libya,” katanya kepada televisyen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).Beliau berkata terpulang kepada mahkamah untuk menentukan sama ada hukuman mati sesuai untuk Gaddafi tetapi menambah: “Mahkamah adil dan saksama dan akan memenuhi semua piawaian antarabangsa.”“Pemerhati antarabangsa daripada pertubuhan hak kemanusiaan dan organisasi dipercayai lain serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan dibenarkan memantau. Ia akan menjadi perbicaraan yang adil, sesuatu yang Gaddafi tidak pernah berikan kepada penduduk Libya yang mengkritiknya sejak 42 tahun lalu,” katanya.\n\n\n\n“Masa sudah berlalu. Tawaran rundingan kepadanya oleh NTC beberapa bulan lalu dan  beliau tidak pernah menerima. Juga sukar bagi Gaddafi dan anaknya mencari tempat selamat atau negara yang mahu menerima mereka,” katanya.Mengenai waran tangkap ICC, beliau berkata pilihan mereka amat terhad. “Apa yang akan mereka hadapi jika ditangkap ialah ditahan dan dilayan dengan baik. Mereka akan dipastikan selamat dan berdepan dengan perbicaraan serta menjawab semua jenayah yang dilakukan,” katanya. Sementara itu, Britain dilaporkan pernah menjemput dua anak lelaki Muammar Gaddafi, ke ibu pejabat unit pasukan khas (SAS), ketika bekas Perdana Menteri, Tony Blair, cuba menjalin hubungan dengan rejim Libya, lapor akhbar The Sunday Times.Dalam pendedahan terbaru daripada dokumen perisikan yang diperoleh media dan kumpulan hak di Tripoli, akhbar berkenaan melaporkan Blair juga membantu seorang lagi anak Gaddafi, Seif al-Islam, dengan tesis kedoktorannya. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.717850 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list