CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Strauss-Kahn tiba di Perancis

[Copy link]
Post time 5-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Hakim gugur tuduhan ke atas bekas Pengarah Urusan IMF minggu lalu\rNEW YORK: Bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn,  tiba di negara asalnya, Perancis, lewat kelmarin, tidak sampai dua minggu selepas dakwaan serangan seksual ke atasnya digugurkan.\r\n\n\n\n\rSumber rapat dengan Strauss-Kahn berkata, beliau membeli tiket penerbangan Air France dan  tiba di Paris jam 8.35 pagi semalam.\r\r\n\n\n\n\nTerdahulu, Strauss-Kahn dan isterinya, Anne Sinclair, mengharungi puluhan wartawan yang berkumpul di lapangan terbang sebelum dibantu melepasi pusat pemeriksaan keselamatan.\rStrauss-Kahn, 62, meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan IMF Mei lalu selepas ditahan di Lapangan Terbang John F Kennedy dan didakwa dengan serangan seksual dan cubaan merogol seorang pembantu hotel di New York.\rMinggu lalu, beliau dibebaskan apabila hakim menggugurkan tuduhan ke atasnya. Pendakwa berkata, mereka tidak boleh meneruskan kes itu kerana pembohongan pembantu hotel  yang dilakukan menjadikan mustahil untuk membuktikan tuduhan itu mengatasi keraguan munasabah.\rStrauss-Kahn, yang memakai sut gelap berbaju putih tanpa tali leher, senyum dan melambai kepada sekumpulan penumpang tetapi tidak bercakap dengan wartawan. Beliau tidak mendaftar di kaunter Air France sebelum melepaskan pemeriksaan keselamatan.\r\n\n\n\n\rPakar ekonomi dihormati Perancis dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan itu dijangka menjadi pencabar utama Presiden Nicolas Sarkozy dalam pilihan raya presiden 2012 sebelum skandal itu terbongkar Mei lalu tetapi kejadian itu menjejaskan karier politiknya.\rKepulangannya memalukan pembangkang Perancis, Parti Sosialis, ketika bersedia melakukan undian memilih calon menentang Sarkozy.\r“Saya tidak sabar untuk kembali ke negara saya,” katanya kepada wartawan di luar rumahnya di Lower Manhattan pada 23 Ogos lalu selepas tuduhan terhadapnya digugurkan, menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman teruk dan tidak adil. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.042649 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list