CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

KHAZANAH intai hospital Turki

[Copy link]
Post time 5-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Perluas pelaburan bidang penjagaan kesihatan peringkat antarabangsa\rKHAZANAH Nasional Bhd (KHAZANAH) yang giat memperluaskan penguasaannya dalam bidang penjagaan kesihatan pada peringkat antarabangsa, kini berminat untuk mengambil alih pengendali rangkaian hospital terbesar di Turki, Acibadem Healthcare Group.\r\n\n\n\n\r  Sayap pelaburan kerajaan Malaysia itu difahamkan sudah menghantar bidaan untuk mengambil alih kumpulan penjagaan kesihatan yang berpangkalan di Istanbul itu menerusi anak syarikat milik penuhnya yang berpangkalan di Singapura, Parkway Holdings Ltd.\r\r\n\n\n\n\n   “KHAZANAH amat berminat untuk memperluaskan pelaburannya dalam bidang penjagaan kesihatan pada peringkat antarabangsa. Dengan mengambil alih pengendali hospital  terkenal dan mempunyai rangkaian operasi yang kukuh akan mempercepatkan lagi penguasaan KHAZANAH dalam sektor itu pada peringkat antarabangsa,” kata sumber industri kepada Berita Harian, baru-baru ini.\r“Difahamkan urusan pengambilalihan itu dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini,” tambahnya.\rJelas beliau, ada  beberapa pengendali penjagaan kesihatan lain seperti Life Healthcare Group Holdings dan Fortis Healthcare International turut membuat bidaan.\r“Selain pengendali penjagaan kesihatan terdapat firma pelaburan ekuiti swasta seperti Cinven dan CVC Capital Partners juga berhasrat untuk mengambil alih Acibadem,” katanya.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, menurut sumber industri itu, pemegang saham Acibadem, Abraaj Capital lebih berminat  menjual kepentingannya dalam kumpulan penjagaan kesihatan terbesar di Turki itu kepada pengendali penjagaan kesihatan berbanding firma dana pelaburan.\rKatanya, Abraaj Capital yang memiliki 46 peratus kepentingan dalam Acibadem sudah melantik Goldman Sachs Group dan Merrill Lynch pada Jun lalu untuk mengkaji pilihan untuk penjualan kepentingannya itu.\rNilai pasaran Acibadem pada masa ini adalah 1.8 bilion lira (RM3.05 bilion).\rAcibadem kini mempunyai lebih 9,000 pekerja dan mengendalikan 11 hospital besar, lapan pusat perubatan serta pusat diagnostik genetik di Turki. Ia juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lengkap dengan peralatan teknologi moden sejak 1991.\rSebelum ini ada  laporan mengatakan KHAZANAH juga berminat  mengambil alih Sterling Hospitals, iaitu kumpulan perubatan terbesar di Gujarat, negeri di bahagian barat India daripada peneraju pelaburan ekuiti swasta, Actis.\rSayap pelaburan kerajaan Malaysia itu juga mempunyai pelaburan dalam sektor penjagaan kesihatan di India menerusi pegangan 12.21 peratus penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia, Apollo Hospitals Enterprise Ltd.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.881420 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list