CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

Dengarnya...: Anuar Zain guna botox?

[Copy link]
Post time 6-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya...: Anuar Zain guna botox?Oleh Normah Becok2011/09/06\n\n\n\n\n\n\n\nSEJAK kebelakangan ini, memang terdengar cakap-cakap nakal yang mendakwa seorang penyanyi lelaki yang bersuara lantang, siapa lagi kalau bukan Anuar Zain menggunakan botox untuk merubah wajahnya.\rKawan-kawan Cik Normah pun bercakap perkara yang sama selepas melihat wajah penyanyi yang terkenal dengan lagu Lelaki Ini di akhbar baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rKata mereka memang nampak perubahan wajah Anuar berbanding dulu. Bila ada perbezaan, biasanya orang akan mula membuat spekulasi yang mengatakan Anuar menyuntik botox di wajahnya membuatkan raut wajahnya nampak lain dari yang pernah orang luar lihat sebelum ini.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, persoalan nakal itu akhirnya terjawab apabila teman Cik Normah yang lebih mesra dengan panggilan Abang Bobo bertanyakan perkara itu sendiri kepada tuan punya badan ketika bertemu dengannya dalam satu sesi fotografi baru-baru ini. Katanya, Anuar menafikan yang dia menggunakan botox untuk memperbaiki wajahnya.\rSebaliknya, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu mengaku yang perubahan wajahnya itu disebabkan dia menggunakan kaedah rawatan “reshaping”. Bagi menguatkan alasannya itu, Anuar juga menggerak-gerakkan otot mukanya sebagai bukti dia tidak menyuntik bahan yang berbahaya itu di wajahnya.\rTegas Anuar, dia juga tidak percaya kepada botox dan teknik reshaping itu dibuat kerana dia merasakan rawatan itu tidak merbahaya.\rJusteru, Anuar berharap semua pihak selepas ini tidak lagi membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadapnya kerana sebagai artis, kata Anuar dia perlu nampak berbeza supaya peminat tidak lekas jemu dengan penampilannya.\r\n\n\n\n\rBagi Cik Normah, apa yang Anuar biat itu tidak salah. Pertama, dia ada duit dan apa yang dia nak buat, itu adalah haknya.Dan yang kedua, Cik Normah tengok Anuar memang lebih kacak daripada biasa. Apapun Cik Normah memang tak sabar nak dengar hasil kerja album terbarunya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.369805 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list