View: 214|Reply: 0
|
Dengarnya...: Jodoh kaki tipu
[Copy link]
|
|
PULANG berhari raya di kampung tempoh hari memberi peluang pada Cik Normah dan suami berjumpa kaum kerabat. Maklum sajalah, Cik Normah memang jarang pulang ke kampung.\rJadi sesekali bercuti dan pulang ke desa menyambut hari raya, jadual menziarah sanak saudara memang padat.\r\n\n\n\n\rSejak hari raya pertama sehinggalah hari Sabtu lepas, ada saja rumah yang hendak dikunjungi. Rumah Pak Long, Pak Anjang, Mak Uda, Tok Ngah memang kenalah singgah. Kalau tidak, mereka semua ini boleh jauh hati pula dengan Cik Normah. Maklum sajalah, orang tua, tahap sensitiviti mereka memang berbeza dengan orang muda.\r\r\n\n\n\n\nBila beraya tu, biasalah selain dijamu dengan rendang dan ketupat, pasti akan ada soalan cepumas yang akan timbul.Bukanlah soalan bila hendak kahwin seperti kebanyakan teman seperjuangan Cik Normah yang masih single tu kena, tapi soalan gosiplah yang akan mereka tanya dulu.\rSiapa bercerai? Betulkah si polan tu bercinta dengan VIP? Pendek kata, macam-macam soalan yang Cik Normah kena hadap. Bagaimanapun, ada soalan yang Cik Normah layan dan ada juga yang Cik Normah biarkan saja dan menjadi tanda tanya.\rTapi dalam sibuk-sibuk mereka nak tahu fasal gosip terbaru, tiba-tiba ada seorang anak buah Cik Normah menjadi penyumbang cerita sensasi pula.\rCeritanya ada kaitan dengan seorang artis yang bakal naik pelamin tidak lama lagi. Kata anak buah Cik Normah itu lagi, khabarnya keluarga artis yang terpaksa Cik Normah rahsiakan jantinanya itu memang tidak suka dengan bakal pasangan anaknya itu. Dari apa yang disampaikan oleh salah seorang ahli keluarganya, pasangannya itu kaki penipu. Kalau cakap sepuluh, satu belum tentu boleh percaya.\r\n\n\n\n\rKata mereka lagi, si dia itu memang jenis manis mulut. Depan nampak baik tapi belakang, alahai memang ligat dan kaki pembelit. Ish! Ish! Ish! Tapi disebabkan si artis ini memang suka sangat, jadi mahu atau tidak terpaksalah mereka menerima keputusan si artis itu dengan hati yang berat.\rKasihan sungguh Cik Normah pada artis berkenaan jika perkara ini sememangnya benar. Iyalah, tak mahulah nanti bila sudah terhantuk, baru nak tengadah. Orang kata kalau perkahwinan tak mendapat restu keluarga, biasanya tak lama. Ops! Cik Normah tak mahu mendoakan yang buruk. Semoga bahtera yang bakal di layar artis itu akan kekal sehingga ke akhir hayat. Amin!
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|