CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

LTAT agih RM616.3 juta dividen

[Copy link]
Post time 6-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Keuntungan bersih melonjak 44.6 peratus, tertinggi sejak   ditubuhkan\rLEMBAGA Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM751.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, melonjak 44.6 peratus berbanding RM519.8 juta yang diraihnya pada tahun kewangan 2009.\r\n\n\n\n\r  Ia adalah keuntungan bersih tertinggi dicatatkan sejak penubuhannya 38 tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n  Keuntungan sebelum cukai dan zakatnya bagi tahun kewangan dikaji ialah RM1.7 bilion, naik 38.8 peratus daripada RM1.2 bilion, sementara asetnya meningkat 14 peratus kepada RM59.32 bilion daripada RM52.05 bilion.\rBerikutan pencapaian cemerlang itu, LTAT mengumumkan dividen dan bonus sebanyak 14 peratus yang telah dikreditkan ke dalam akaun ahlinya yang layak.\rDividen membabitkan pembayaran berjumlah RM616.3 juta itu, iaitu 7.2 peratus lebih tinggi berbanding RM575.2 juta yang diagihkan pada 2009 merangkumi dividen tujuh peratus, bonus (satu peratus) serta bonus khas (enam peratus) yang dibayar dalam bentuk unit saham amanah.\rMengumumkan keputusan itu Pengerusinya, Laksamana (B) Tan Sri  Mohd Anwar Mohd Nor berkata, pencapaian pada 2010 itu mencerminkan keupayaan dan kejayaan lembaga itu.\r\n\n\n\n\r“LTAT akan terus mengekalkan prestasi bertunjangkan pengurusan kos yang cekap sambil memanfaatkan peluang pelaburan baru dan peningkatan produktiviti.\r“Ini sejajar dengan komitmen kami melaksanakan tadbir urus korporat yang lebih baik dan mencari sumber pendapatan yang dapat menghasilkan pulangan dan keuntungan yang lebih tinggi,” katanya.\rMohd Anwar menegaskan, hala tuju LTAT pada tahun mendatang ialah berpandukan kepada Pelan Strategik LTAT 2007 – 2013.\rKatanya, pihaknya juga akan terus berusaha untuk membantu memberikan sumbangan lebih berkesan kepada ekonomi negara menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP), Rancangan Malaysia Ke-10 dan Model Ekonomi Baru.\r“LTAT dan syarikat di bawahnya juga akan terus memberi sumbangan untuk menjayakan program tanggungjawab sosial korporat kami,” katanya.\rBeliau berkata, setakat 31 Disember 2010, LTAT dan syarikat di bawahnya menyumbang  RM55.3 juta dalam bentuk biasiswa, bantuan kebajikan dan bantuan lain kepada anggota tentera yang masih berkhidmat dan yang telah bersara untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045213 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list