CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Honda tarik balik Civic, City, Jazz

[Copy link]
Post time 6-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Babit 40,456 unit kenderaan keluaran 2005 hingga 2008\rHONDA Malaysia Sdn Bhd memanggil semula 40,456 unit kenderaannya yang dikeluarkan antara 2005 hingga 2008 bagi melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal.\r\n\n\n\n\rModel yang terbabit dalam ‘Kempen Mengemas Kini Produk’ membabitkan pemeriksaan langkah pencegahan daripada isu teknikal yang tidak diingini itu ialah Civic keluaran 2006-2008, City (2006-2007) dan Jazz (2005-2007).\r\r\n\n\n\n\n“Honda Malaysia ingin memohon maaf kepada semua pelanggan disebabkan perkara tidak diingini ini. Kempen ini bertujuan untuk melaksanakan beberapa langkah pencegahan ke atas kegagalan teknikal.\r“Ini adalah panggilan awal bagi dilakukan pemeriksaan dan penggantian yang mana kami percaya dapat mengekalkan prestasi produk yang terbaik bagi pelanggan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.\rBeliau berkata, bagi model Civic (16,537 unit), unit yang terjejas dilaporkan berkemungkinan mengalami kebocoran minyak dari hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran air panas dan cuaca yang lembap, yang      boleh menimbulkan isu keselamatan pada masa depan.\rModel City (20,949 unit) dan Jazz (2,970 unit) pula mungkin berdepan kegagalan pada suis utama tingkap berkuasa yang  dalam keadaan tertentu akan menyebabkan sedikit litar pintas  mengakibatkan bau terbakar.\r\n\n\n\n\rPengeluar kereta Jepun itu perlu menukar bahan getah hos perantara stereng kuasa model Civic yang terbabit untuk untuk memperbaiki ketahanan haba manakala model City dan Jazz akan digantikan dengan suis tingkap berkuasa yang baru.\r“Semua alat ganti dan caj buruh kerja berkenaan akan ditanggung oleh Honda Malaysia,” kata Yoichiro.\rPemilik model berkenaan dinasihati menghantar kenderaan masing-masing kepada peniaga yang dibenarkan secepat mungkin sebaik mendapat notis berkenaan.\rMaklumat lanjut, pelanggan boleh menelefon nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau lawati sebarang peniaga Honda yang dibenarkan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.289838 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list