CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

Taman industri halal raih RM1b

[Copy link]
Post time 7-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelaburan tambahan daripada syarikat Jepun, Korea serta PakistanTAMAN industri halal di seluruh negara akan menerima pelaburan berjumlah kira-kira RM1 bilion lagi tahun ini daripada pelabur dalam dan juga luar negara.\n\n\n\n  Ketua Eksekutif Perbadaan Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin, berkata ia adalah tambahan kepada pelaburan berjumlah RM6 bilion yang sudah dilaburkan di sembilan taman industri halal yang beroperasi sejak 2005.\n\n\n\n\n  “Sebanyak 60 peratus pelaburan itu dijangka diterima daripada syarikat asing yang mana kita telah menerima pengesahan pelaburan beberapa firma dari Jepun, Korea serta Pakistan,” katanya pada sidang media selepas dialog antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan pengendali taman industri halal, pengendali logistik halal serta pemaju swasta di Kuala Lumpur, semalam. Dialog itu dipengerusikan oleh Menteri MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed.Jamil berkata, daripada pelaburan berjumlah RM6 bilion yang diterima taman industri halal setakat ini, RM4.7 bilion adalah daripada pelabur asing, manakala bakinya pelabur tempatan yang terdiri daripada firma besar dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Beliau berkata, pembangunan taman industri halal turut mencetuskan kesan gandaan dengan menyaksikan 3,000 pekerjaan baru telah diwujudkan sepanjang tempoh itu manakala sebanyak 100 syarikat kini beroperasi di kawasan perindustrian berkenaan.“Kita menyaksikan penyertaan lebih banyak PKS di taman industri halal sejak ia mula beroperasi,” katanya.\n\n\n\nJamil berkata, sembilan lagi taman industri halal sedang dibangunkan di seluruh negara yang setiap satunya berada pada peringkat pembangunan tertentu dan dijangka mula beroperasi tidak lama lagi.“Dua lagi taman industri halal akan beroperasi sebelum akhir tahun ini, masing-masing di Terengganu dan Labuan,” katanya. Taman industri halal di Malaysia dibahagikan kepada dua kategori iaitu Taman Halal status Halal Malaysia (HALMAS) yang bersaiz besar dan Taman Halal PKS yang saiznya lebih kecil, khusus untuk pembangunan PKS.Antara taman industri halal yang menerima status HALMAS ialah Hab Halal Selangor, Zon Halal PKFZ, Hab Halal Melaka, techpark@enstek, Hab Halal Antarabangsa Pulau Pinang, Hab Halal Tanjung Manis dan Kluster Industri Sawit (POIC) Halal di Labuan.Sementara itu, taman industri halal PKS ialah Taman Halal Pedas, Taman Makanan Halal Serkam dan Taman Makanan Halal Pengkalan Chepa.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.484696 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list